BTC USD 51,460.6 Gold USD 1,781.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad bulanan bas sekolah diperkenal

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Pengusaha bas sekolah akan mengguna pakai kad perjalanan bulanan kepada murid mulai sesi persekolahan Januari ini, sekali gus mengelakkan pengusaha mengenakan kadar tambang sesuka hati.

Presiden Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPBSMM), Chee Ah Tey, berkata kad perjalanan yang akan diseragamkan di seluruh Semenanjung itu memaparkan harga tambang dan syarat yang perlu dipatuhi oleh murid, ibu bapa serta pengusaha bas itu sendiri.

“Kadar harga tambang untuk murid sekolah di luar bandar ketika ini sekitar RM50 dan di bandar pula RM100 sebulan. Jadi, kad perjalanan itu akan mencetak harga yang dikenakan.

“Jika ada pengusaha bas sekolah yang mengenakan caj berlebihan, ibu bapa boleh mengadu kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk membolehkan tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Chee turut mengakui ada pengusaha bas sekolah mengenakan kadar tambang yang tinggi berikutan tahap pemantauan yang longgar oleh agensi yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu merangka undang-undang atau peraturan yang lebih praktikal bagi mengatasi masalah membabitkan 16,000 pengusaha bas di Semenanjung.

“Daripada jumlah itu, hanya kira-kira 8,000 yang menjadi ahli PPBSMM dan pihak kami banyak menerima aduan pengusaha bas sekolah yang bukan menjadi ahli PPBSMM mengenakan kadar tambang yang tinggi.

“PPBSMM tidak dapat berbuat apa-apa melainkan meminta agensi yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan yang lebih kerap untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Sebelum ini, kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuatkuasa 1 Ogos tahun ini.

Kenaikan itu diluluskan kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register