BTC USD 64,059.0 Gold USD 2,371.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad bank hilang, warga emas dakwa jadi keldai akaun

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,486
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,486
Reaction score
2,097
Points
266
Awards
1
2689969.jpg

Zainal menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan kad banknya.


TAMPIN - Bimbang dan kecewa. Itu yang mampu diluahkan seorang lelaki warga emas di sini selepas kad bank miliknya hilang sehingga didakwa menjadi mangsa keldai akaun dalam sindiket penipuan.

Lebih memeritkan apabila semua akaun bank, Zainal Ismail, 67, dikenakan sekatan oleh institusi perbankan susulan dikenal pasti terlibat aktiviti penipuan jualan kenderaan dengan harga murah.

Menurutnya, semuanya bermula pada Mac lalu kira-kira jam 12 tengah hari semasa berada di rumahnya, dia mendapati satu kad banknya tiada dalam simpanan.

"Puas saya mencari merata tempat tetapi tidak jumpa, saya syak ia tercicir. Apa yang membimbangkan nombor pin kad ATM (mesin juruwang automatik) itu saya letak di belakang kad bagi memudahkan saya membuat pengeluaran wang.

"Saya bertindak membuat laporan polis pada 1 Mac untuk rujukan pihak bank sebelum ke bank semula pada awal April lepas untuk mengeluarkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tetapi dimaklumkan akaun saya disekat," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

2689970.jpg

Zainal bergantung pendapatannya hasil jualan sayur-sayuran di kebun sebelah rumah dan bantuan JKM sejak tiga tahun lalu.

Zainal berkata, berikutan itu dia mengambil keputusan mengeluarkan duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 dalam akaun bank lain, namun tidak berjaya kerana akaun tersebut turut disekat.

"Saya rujuk semula ke balai polis dan daripada situ saya dimaklumkan nama saya disenarai dalam kes penipuan yang dikesan di Sabah dan Kuala Lumpur. Barulah saya tahu kenapa akaun saya disekat dan saya percaya ia ada kaitan dengan kehilangan kad bank sebelum ini.

"Terduduk rasanya, sebab saya tiada pendapatan tetap memandangkan keadaan kesihatan tidak begitu baik selain bergantung kepada jualan sayur-sayuran di kebun sebelah rumah dan bantuan JKM sejak tiga tahun lalu.

"Sekarang keadaan bertambah rumit apabila menjadi mangsa sindiket pula yang didakwa menipu mencecah ribuan ringgit, hendak buat akaun bank baharu pun tidak dapat," katanya yang perlu menyara seorang isteri dan anak lelakinya yang berada di Tingkatan Empat.

Tambah Zainal, kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada JKM untuk tindakan lanjut dan berharap pihak berkenaan dapat menyalurkan wang bantuan itu secara tunai buat sementara waktu.

"Saya harap kes saya dapat selesai dalam masa terdekat ini sebab saya bukan orang senang, tidak mahu menyusahkan sesiapa tetapi berharap ada pihak yang dapat membantu sebab saya buntu dan tersepit," katanya.


 
Sponsored Post

cekap betul scammer buat kerja!

Saya fikir pak Cik ni genuine kes tak tau kad kena guna org...cuma takut ada org dalam terlibat ..harap betul2 tak ada ..tapi letak no pin kat kad ni memang salah besar!
malangnya memang ramai warga emas buat
munkin selalu salah ingat


Bank pun memang sekarang makin tegas
malangnya...dalam hal nak perangkap si scammer..tak berkesan

cth..bank pasti boleh trace kad bank tu diguna dimana
boleh rujuk cctv dll
utk perangkap si scammer
tapi memang selalunya si kaldai yg kena..si scammer lepas
macam kurang usaha bank/polis utk betul2 tangkap scammer

kesian juga bila org yg macam pakcik ni yg guna bank sekadar utk duit bantuan pun kena !
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register