BTC USD 57,286.6 Gold USD 1,777.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad ‘top-up’ helah bunuh diri

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
BUKIT BERUNTUNG – “Saya terperanjat melihat ayah tergantung di kipas sebaik pulang membeli kad ‘top-up’ RM10 yang ayah pesan,” kata G Sivasangaran, 22, anak kepada S Ganesan, 52, yang ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Tingkat 5, Blok B, Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya dekat sini, semalam.

Siva yang terkejut dengan kejadian itu lantas menjerit meminta tolong daripada jirannya sebelum menghubungi pihak polis.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 1.01 petang itu hanya disedari Siva selepas pulang daripada membeli kad tambah nilai telefon bimbit di tingkat bawah rumahnya.

Menurutnya, sebelum kejadian, ayahnya berkelakuan baik dan mesra dengannya dan meminta untuk membelikan kad tambah nilai tersebut untuk menghubungi ibunya, M Chitra, 45, di Seremban, Negeri Sembilan.

“Saya baru saja naik ke rumah lebih kurang 10 minit selepas turun membeli ‘top-up’ dan sungguh terkejut bila melihat ayah sudah tergantung.

“Saya terus meminta tolong daripada seorang tukang sapu di tingkat bawah dan dia terus menghubungi polis,” katanya.

Menurut Siva, ayahnya hanya berpesan supaya segera membelikan kad tambah nilai tersebut kerana mahu menghubungi ibunya.

Namun, dia tidak mengesyaki sebarang keganjilan dengan permintaan ayahnya memandangkan wajahnya yang ceria dan tenang ketika itu.

Sementara itu, kakak Siva, G Jamuna, 27, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adiknya sebelum bergegas pulang.

Menurutnya, ayahnya seorang kaki minum dan sering bergaduh dengan ibunya apabila mabuk.

“Ayah memang sering bergaduh dengan mak bila dia mabuk dan perselisihan faham antara mereka menyebabkan emak lari ke Seremban.

“Berkemungkinan juga ayah kesal dengan sikapnya dan tidak dapat menerima hakikat mak lari meninggalkannya sejak tiga hari lalu,” katanya yang bekerja sebagai akauntan di Shah Alam.

Jamuna turut mengakui ayahnya seorang yang baik dan menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak, namun sedih dengan tabiat buruknya yang kaki minum sehingga menyeksa diri.

Jamuna berkata, ibunya yang dihubungi turut bergegas pulang tetapi tidak dapat untuk menatap wajah suaminya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintendan Norel Azmi Yahya Affendi yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.
 
Sponsored Post

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,653
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,653
Reaction score
100
Points
123
mungkin antara waktu tu, ada orang call dia...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register