BTC USD 22,741.1 Gold USD 1,923.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabinet Nepal bermesyuarat di Everest

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
KATHMANDU - Jemaah menteri Nepal yang memakai tangki oksigen dan berdepan suhu sejuk bermesyuarat di Gunung Everest semalam bagi mengetengahkan kesan pemanasan global di Himalaya kepada masyarakat dunia.

Perdana Menteri Madhav Kumar Nepal dan 22 lagi menteri menaiki helikopter untuk pergi ke Dataran Kalapattar pada ketinggian 5,262 meter.

Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan imej Kabinet bermesyuarat di bawah langit biru yang cerah dan menteri-menteri memakai lilitan skaf tradisional Tibet.

Timbalan Perdana Menteri, Sujata Koirala berkata, Nepal akan meminta negara-negara kaya menyumbangkan 1.5 peratus daripada keluaran negara kasar masing-masing untuk membantu negara-negara membangun menangani kesan pemanasan global.

Saintis-saintis menyatakan glasier di Himalaya kini sedang mencair sekali gus mewujudkan tasik yang mampu pecah dan memusnahkan komuniti pergunungan. - AFP
 
Top
Log in Register