BTC USD 64,907.4 Gold USD 1,787.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kabinet belum putus semakan tarif elektrik

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/10- PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Kabinet belum membuat keputusan berhubung cadangan semakan terhadap tarif elektrik.

Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu mengkaji pelbagai sudut termasuk beban kepada pengguna jika ia dilaksanakan walaupun dilaporkan bersetuju pada prinsipnya terhadap cadangan semakan.
"Jika pun (ada laporan) ia persetujuan secara prinsip atau apa apa pun, ia terpulang kepada Kabinet untuk membuat keputusan. Kita perlu membuat kajian dari pelbagai sudut, dari segi kesnya, beban kepada pihak pengguna dan sebagainya.
"Kerajaan tidak boleh kata (bersetuju secara) prinsip maknanya kita hendak kuatkuasakan serta-merta, tidak (begitu)," katanya selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, semalam berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

Fah Kui berkata kerajaan, pada prinsipnya, bersetuju semakan tarif adalah perlu kerana kosnya meningkat dan harga bahan api juga meningkat.

INFO;Berita Harian
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register