BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

K1M tepis anasir negatif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Norhayati menemani Khairolnezam (dua, kiri) melancarkan K1M peringkat SMK Senaling, kelmarin.​

KUALA PILAH - Demi menepis anasir negatif yang boleh mengancam keamanan negara serta mempengaruhi minda generasi muda, Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan menubuhkan Kelab 1Malaysia (K1M) di sekolah terpilih.

K1M merupakan saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui penerapan nilai murni dan aspirasi 1Malaysia.

Pegawai Penerangan daerah, Norhayati Shamsu Anuar berkata, dalam era telekomunikasi moden kini, generasi muda mudah terdedah dan terpengaruh kepada anasir negatif.

"Mereka memerlukan satu jaringan komunikasi bagi mengukuhkan jati diri untuk menepis ancaman itu.

"Menerusi K1M bermotokan 'Penggerak Transformasi Pelajar', mampu membentuk generasi bersatu padu dan harmoni serta ada semangat patriotik dan mencintai negara," katanya pada majlis pelancaran K1M di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, kelmarin.

Majlis dirasmikan Setiausaha Politik KPDNKK merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Khairolnezam Shaari yang turut dipilih sebagai ikon K1M bagi daerah Kuala Pilah.

SMK Senaling antara empat sekolah di daerah ini yang terpilih dilaksanakan K1M dan selebihnya ialah SMK Datuk Abd Samad, SMK Tuanku Muhammad dan Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za'ba.

Jelas Norhayati lagi, bagi mengelak ancaman anasir negatif terus berlaku, K1M berperanan menerapkan penghayatan dan pemahaman sebenar erti patriotisme dan Rukun Negara kerana ia kunci masyarakat majmuk.

"Kunci utama ini perlu difahami demi memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum untuk kemakmuran negara.

"Bukan sekadar hafal atau baca, kita perlu fahami setiap isi kandungan Rukun Negara yang memiliki maksud tersirat," katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, K1M dahulunya dikenali sebagai Kelab Setia namun telah mengalami penjenamaan semula pada 5 April 2012.

"Kelab ini akan menerima peruntukan mengadakan program seperti ceramah isu semasa, pengucapan awam, latihan atur cara, perbincangan dalam kumpulan dan pelbagai lagi.

"Sempena Bulan Kemerdekaan pada Ogos nanti, kelab ini diwajibkan menganjurkan program merdeka," katanya.

Sementara itu, beliau berharap K1M di setiap sekolah terpilih aktif dengan pelbagai pengisian.
 
kerjasama ngan jabatan pendidikan?...giler ker per..
 
aih xkn berpolitik plak kot..siap ade kelab...babeng tol..kelab pemuda pas xle buat ke?
 
geng jilat sehingga licin, kita pembayar cukai x payah halalkan gaji penjilat ni. jawab lah kau di akhirat. aku memang x halalkan setiap sen gaji jilat mcm ni.
 
Back
Top
Log in Register