nasihat aku..
nak jv ke apa itu terpulang pada korang..
duit masing2..
tapi kepada tuan tanah jangan janjikan bulan dan bintang..
bukan sebab anda tak mampu nak bagi tetapi sentiasa kena ingat langit tak sentiasa cerah..
ingatkan hujan seminggu tiba2 sampai 6 bulan..
sentiasa memberitahu kepada rakan2 pelabur risiko2 yang akan dihadapi..
dan sekiranya perkara tersebut berlaku apakah plan kecemasan nya atau cara pembayaran modal rakan pelabur..
nanti pening pulak bila pelabur duduk kol2 tak pun datang mencari kat rumah..
kang kecoh malu dengan jiran2..
sekarang zaman viral lagi la takut malu 1 malaysia..
kepada pelabur..
bila dah melabur tu bukan nya duduk je kat rumah atau setakat whatsapp je mengikuti perkembangan perniagaan..
korang kena turun jugak walaupun seminggu sekali..
atleast korang tau apa yang terjadi..
dan korang pun tak cepat melatah..
yang paling penting bila nak melabur tu, melabur setakat yang korang sanggup rugi..
sentiasa tanam pada pemikiran korang start je melabur korang dah kerugian..
pesanan kepada tuan tanah
dah janji nak bayar, bayarlah..
bincang balik dengan pelabur, kalau sebelum ni janji nak bayar lumsum
mintak bayar secara ansuran RM50 sebulan..
walaupun amik masa nak setelkan sekurang2nya berbayar daripada tak bayar..
nama pun cantik lagi dalam ni..
esok lusa ada projek lagi orang pun berani nak invest sebab tuan tanah jenis tak kencing kalau rugi pun dia bayar balik..