'Jutawan' sekelip mata

CG Sponsors




Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
JERANTUT: Dua guru dari bandar ini terkejut apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank menyatakan mereka menerima wang RM7.5 trilion dimasukkan dalam akaun masing-masing, awal pagi semalam.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura, di sini, Bazli Abu Bakar, 41, berkata dia menerima SMS Bank Islam memaklumkan jumlah berkenaan dimasukkan ke dalam akaunnya kelmarin, kira-kira jam 7.50 pagi.

Menurutnya, dia terkejut kerana jumlah wang diterima terlalu mustahil sehingga mencecah angka trilion.

"Saya sungguh terkejut selepas membaca SMS ini dan terus menunjukkan kepada rakan bagi memastikan angka wang yang dimasukkan itu dan semuanya mengakui ia mencecah trilion.

"Memang setiap kali gaji dimasukkan ke dalam akaun saya, pihak bank berkenaan akan memaklumkan penyimpan dengan menghantar SMS menyatakan jumlah gaji diperoleh. Namun, kali ini jumlahnya tidak munasabah untuk diterima," katanya.

Beliau berkata, penerima SMS juga akan dipotong 30 sen daripada kredit tambah nilai telefon bimbit selepas menerima makluman kemasukan wang dalam akaun penyimpan.

Seorang lagi guru di sekolah sama, Amir Hamzah Nordin, 50, turut terkejut apabila menerima SMS sama jam 7.48 pagi dan memikirkan mungkin terdapat kesilapan sebelum menghubungi pihak bank berkenaan bagi mendapatkan kepastian.

"Saya dan Bazli segera merujuk kepada bank berkenaan di cawangan bandar ini bagi mengetahui kedudukan sebenar SMS itu. Malah, kami juga bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap wang simpanan kami dalam bank itu sebelum ini.

"Lebih membimbangkan, kebetulan kami menerima gaji pada hari ini dan kesilapan itu akan menyebabkan wang gaji tidak dapat dikeluarkan," katanya.


Menurutnya, seorang pegawai bank dihubungi mengaku kesilapan teknikal berikutan sistem perkomputeran bank itu dinaik taraf dan mengakibatkan kesilapan jumlah wang dihantar kepada penyimpan akaun.

"Mujurlah kesilapan SMS ini tidak menjejaskan wang gaji kami. Jika tidak, sudah tentu keadaan semakin buruk memandangkan kami memerlukan wang ini untuk kegunaan harian selain membayar bil dan ansuran.

"Pihak bank berkenaan mengakui kesilapan mereka dan sekali lagi menghantar SMS kira-kira jam 4.30 petang memohon maaf, selain mengembalikan semula caj 30 sen bagi SMS yang kami terima sebelumnya," katanya.

Katanya, selain mereka berdua, tiga lagi rakan juga guru sekolah berlainan menerima SMS sama.


p/s: Apa jadi kalau anda dapat duit byk tu? :D
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
bapak punye sampai trillion..kalo mati terkejut td tu..x ke naya :eek:
 

KaZuMa_KiRyUu

Fun Poster
Joined
Dec 25, 2008
Messages
612
Reaction score
2
Points
15
kalau btol die dpt byk tu, konfem die benti jadi cikgu.. hahahahaha.. :))
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
skali bace ingatkan jd jutawan psl join hyprobulksms td:))
 

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
huh.. kaya woo.. tapi tu sms tersilap .. :D
 

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
kalau betul syoknya cikgu tu..
tapi dh terang2 ler tak betul nya..
tak kan bank baik hati nak kasi sampai trilion tu
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,461
Reaction score
1,028
Points
151
lorhh... ingatkan SMS scam. ropenye SMS genuine dari Bank Islam. yg bestnye yg dapat SMS tu terus bergegas gi bank tow. die ingat betul betul kot. hohoh
 

mustang rider

Active+ Member
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
fuhh kalau betul jadi ceo bank islam arr......bank islam pun x ada duit banyak tu.....




:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

ameant

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
sms ni le yg wife aku dapat gak smalam... terus ctc bank islam.. komen sbb masalah teknikal.
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
kalau trilion tu bukan jutawan dah..jadi trilionair dah..orang terkaya di dunia.hehee
 
Sponsored Post
Top
Log in Register