BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Justo Dapat Pengampunan Diraja

...disifatkan sebagai seorang banduan yang sangat baik...

besar kesannya kalau kita nampak baik, apa lagi sangat baik :)
teringat aku dulu2 kat kpg aku ada 1 cina yg kena buang daerah (aku tk kenal sb blk kpg sekali sekala je...) nmpk sgt baik... humble..

tp member kpg bg tau dia dibuang daerah sb klon kad kredit... :o

masa awal 80-an...
 
beruntung dia, bukan senang nak dapat pengampunan raja
 
Justo dijangka dibebaskan hari ini

BANGKOK - Bekas kakitangan Petrosaudi International, Andre Xavier Justo dijangka dibebaskan dari penjara Reman Bangkok hari ini, tempat dia menjalani hukuman penjara tiga tahun, menurut peguam belanya.


Worasit Piriyawiboon yang memberitahu Bernama berhubung jangkaan pembebasan anak guamnya warga Switzerland itu, berkata Justo telah dibawa ke pusat tahanan Jabatan Imigresen untuk urusan dokumen perjalanannya sebelum dia dibebaskan.

Justo tiba secara sendirian di perkarangan jabatan itu pada kira-kira 11.50 pagi (waktu tempatan) dengan menaiki sebuah van dengan dikawal beberapa anggota komando bersenjata.

Ketika didekati dan ditanya oleh kalangan wartawan yang menunggu, warganegara Switzerland itu yang jelas kelihatan lega, berkata dia berharap untuk berlepas pulang dengan penerbangan ke tanah airnya malam ini selepas menjalani hukuman penjara lebih setahun daripada jumlah hukuman penjara tiga tahun itu.

"Amat gembira, saya berharap untuk berada dalam pesawat malam ini dan tiba di tanah air saya esok," kata bekas eksekutif IT Petrosaudi International itu yang memakai pakaian preman iaitu kemeja T putih dan seluar panjang biru gelap.

Ketika berita ini dikeluarkan, dia masih berada di Jabatan Imigresen untuk urusan prosedur dengan dia diiringi beberapa lelaki, kemungkinan besar daripada Kedutaan Switzerland di Bangkok.

Menurut Worasit, hukuman penjara tiga tahun Justo dipendekkan selepas dia diberikan dua Pengampunan Diraja, pertamanya oleh mendiang Raja Bhumibol

Adulyadej pada Ogos dan baru-baru ini oleh Raja Maha Chakri Bodindradevarangkun yang baru menaiki takhta.

Pengampunan Diraja yang diterimanya daripada mendiang Ring Bhumibol membolehkan Justo memendekkan satu pertiga daripada tempoh hukuman penjaranya, manakala yang diperkenankan oleh Raja King Maha Chakri melayakkannya untuk dibebaskan lebih awal.

Warga Switzerland itu didapati bersalah oleh mahkamah Thailand pada Ogos tahun lalu selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya. Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok yang membuat keputusan itu memerintahkan Justo menjalani hukuman penjara itu dari 22 Jun tahun lepas, tarikh dia ditahan

oleh pihak berkuasa Thailand di pulau Koh Samui, selatan Thailand. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa/justo-dijangka-dibebaskan-hari-ini-1.600920
 
harap justo jadi whistleblower, biar makin terbongkar skandal bijan
 
kita tunggu je la..manala tahu ada pendedadahan terbaru lepas ni
 
Justo dibebaskan, pulang ke Switzerland

BANGKOK 20 Dis. – Bekas Eksekutif Kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo diiringi empat komando polis semasa dibawa ke pusat tahanan imigresen di sini untuk dihantar pulang ke Switzerland.


Justo merupakan antara 15,000 banduan yang terdiri daripada rakyat Thailand dan warga asing dibebaskan setelah diberi pengampunan diraja oleh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn bulan ini.

Lelaki itu yang memakai baju T berwarna putih, seluar pendek biru dan selipar dilihat dibawa menaiki sebuah van polis dengan diiring anggota berkenaan.

“Saya gembira dihantar pulang ke Switzerland,” katanya kepada Reuters.

Peguam Worrasit Piriyawiboon yang mewakili Justo memaklumkan, anak guamnya akan dihantar ke Switzerland.

“Terpulang kepada pihak imigresen dan kedutaan negaranya untuk menentukan bila dia boleh dihantar pulang,” katanya.

Bekas eksekutif itu dihukum penjara tiga tahun pada Ogos tahun lalu selepas polis Thailand memberitahu, lelaki berkenaan mengaku memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Namun pada bulan yang sama melalui pengampunan diraja, hukuman itu dikurangkan kepada dua tahun dan mendorong pihak berkuasa Switzerland memohon agar Justo menjalani hukuman tersebut di negaranya tetapi ditolak oleh Thailand.– REUTERS


https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/justo-dibebaskan-pulang-ke-switzerland-1.422444
 
Justo ni ada kaitan apa-apakah dengan kes jibaN?
 
Back
Top
Log in Register