BTC USD 57,645.7 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juruwang Stesen Minyak Mati Ditetak Perompak

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
mh_03.1.jpg

MAUT MANGSA SAMUN... Polis mengangkat mayat seorang kakitangan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, (gambar kecil) yang ditetak seorang penjenayah dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, semalam. Semasa kejadian samun itu, mangsa bertugas sebagai juruwang sambilan di stesen minyak tersebut.

IPOH 11 Nov. – Pembantu Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Perak yang bekerja sebagai juruwang sambilan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, mati ditetak oleh perompak dalam kejadian samun pada pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 6.50 pagi, ketika mangsa, Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, atau mesra dipanggil “Ustaz” oleh rakan setugasnya di Jabatan Agama Islam Perak sedang bersiap mahu meninggalkan stesen minyak tersebut selepas hampir tamat waktu bekerja pada pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, perompak bertindak menetak mangsa yang enggan menyerahkan wang kutipan di stesen minyak tersebut.

‘‘Dalam serangan itu, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk dan tangan kanan selepas ditetak oleh salah seorang perompak.

‘‘Sebelum itu, empat penjenayah yang tidak memakai sebarang penutup muka terus meluru ke kaunter juruwang meminta mangsa menyerahkan wang dalam mesin juruwang di situ.

‘‘Salah seorang perompak bagaimanapun berang lalu bertindak menetak mangsa apabila dia enggan bekerjasama,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, keempat-empat perompak kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta membawa bersama wang RM1,000 yang diambil dari kaunter juruwang.

Semasa kejadian, katanya, terdapat dua pekerja termasuk Mohd. Khairuddin di dalam premis tersebut manakala dua lagi pekerja berada di luar menjaga pam minyak.

Tambah Azisman, seorang pekerja wanita yang baru masuk untuk memulakan syif pagi bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari premis tersebut.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dibedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan pada petang ini.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, seorang rakan sekerja mangsa ketika ditemui memberitahu, Mohd. Khairuddin sangat rajin dan jujur selain sentiasa memastikan amanah yang diberikan kepadanya selaku juruwang dilaksanakan sebaik mungkin.

‘‘Beliau sangat alim dan warak lebih-lebih lagi dia merupakan pengerusi surau di kawasan perumahannya. Saya terkejut dengan kejadian ini dan masih tidak dapat menerima yang ustaz telah tiada,” katanya yang enggan namanya disiarkan.
 
Sponsored Post

hazwan17

Super Active Member
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
kesian....
takziah n al-fatihah
 

malaysia4life

Active Member
Joined
Jun 10, 2007
Messages
1,167
Reaction score
5
Points
25
patutlaa kawan aku cuti semalam..rupa rupanya jiran sebelah rumah dia.. al-fatihah ustaz
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
innalillah....
semoga beliau ditempatkn bersama2 org2 yg soleh....
tp, ni lah akibatnye bile duit menjadi raja....
lelaki yg xbersalah menjadi mangsa...
#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S
 
Last edited:

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
syahid... al fatihah...
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
Al-Fatihah buat Allahyarham.. kesian betul..
 

rafina_80

Active+ Member
Joined
Jan 30, 2008
Messages
4,102
Reaction score
44
Points
30
al fatihah...

arwah mati dlm keadaan masih berpegang kepada amanah..

semoga arwah ditempatkan bersama org2 soleh...
 

manja

Active Member
Joined
May 19, 2007
Messages
1,359
Reaction score
2
Points
25
Ya Allah! sedihnya aku dgr. Al-fatihah & Takziah dr aku.
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
al fatihah....semoga roh arwah di cucuri rahmat...
berat tanggungan isteri arwah...6 anak..sekecil 1 bulan....jika ada hartawan...ikhtiarkan nasib mereka terbela....
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
semoga roh allahyarham diredhai Allah.. alfatihah..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register