Jurutera maut, isteri dan 2 anak selamat

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
kemalangan_shah_alam_1601197622.jpg


SHAH ALAM: Seorang jurutera maut, manakala isteri serta dua anak mereka selamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Persiaran Tun Teja, dekat Alam Impian di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata dalam kejadian pada jam 3.45 petang itu, mangsa Ahmad Safwan Sulian, 32 yang memandu Perodua Aruz maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala isterinya, Nur Syahirah Ismail, 33 cedera di kaki kiri.

"Kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Perdana yang dipandu seorang lelaki dari arah Persiaran Panglima Sultan hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar kereta mangsa yang datang dari arah Plaza Tol Alam Impian.

"Ia mengakibatkan Ahmad Safwan maut, manakala isteri serta dua anaknya iaitu Damia Husna, 5 dan Ahmad Adam Harraz, 3 terselamat dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

"Pemandu Proton Perdana iaitu lelaki berusia 36 tahun yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan kini dirawat di zon merah," katanya.

Beliau berkata, sampel darah lelaki berkenaan sudah diambil dan polis kini masih menunggu keputusan ujian sama ada pemandu itu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Dalam pada itu, Nur Syahirah ketika ditemui di rumah keluarga Ahmad Safwan memaklumkan ketika kemalangan itu berlaku mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas arwah memotong rambut di Seksyen 19.

"Kebiasaannya apabila kami berada berdekatan Seksyen 19, kami akan singgah di rumah ibu dan ayahnya tetapi semalam, kami tidak singgah kerana arwah mahu pulang dan mengambil dokumen yang tertinggal.

Nur Syahirah berkata, beliau dalam keadaan sedar ketika kemalangan itu berlaku dan maklum mengenai bantuan orang awam yang menyelamatkan dua anak serta menariknya keluar daripada kereta yang mana suaminya tersepit.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 sekitar jam 11.30 pagi tadi.


== bharian
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,023
Reaction score
2,071
Points
201
Aruz punya A-pillar pun boleh bengkok sampai macamtu sekali.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,187
Reaction score
1,538
Points
151
tula psl bos
Perodua Aruz SUV Receives Five-Star ASEAN NCAP ...
www.wapcar.my › news


Perodua Aruz SUV Receives Five-Star ASEAN NCAP Collision Safety Rating
Asean ncap tu kira sesuai utk developing country safety

beza dgn euro lebih strict bos


kalau nak lebih kuat, bwk kete kebal hehe
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,023
Reaction score
2,071
Points
201
tula psl bos
Perodua Aruz SUV Receives Five-Star ASEAN NCAP ...
www.wapcar.my › news


Perodua Aruz SUV Receives Five-Star ASEAN NCAP Collision Safety Rating
Asean NCAP low class punya crash test. Bukan nak kutuk tapi tulah hakikatnya. Better EURO NCAP, NHTSA, ANCAP.

 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,758
Reaction score
754
Points
121
kete jual kt msia mahal je lebih

kalo dh 5star ncap mcmni

mcmnlah kete 4 star below- mcm lempeng agaknya
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,309
Reaction score
1,227
Points
221
dalam group takaful aku...dia ni prospek team member aku.....dia mention ada amik takaful lain jugak sebelum ni...mungkin dapat bantu keluarga dia.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,450
Reaction score
1,958
Points
201
kete jual kt msia mahal je lebih

kalo dh 5star ncap mcmni

mcmnlah kete 4 star below- mcm lempeng agaknya
malaysia ni jual batu mahal pun org beli...tiada perlindungan untuk rakyat...yg dilindungi ialah korporat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register