Juruteknik Maut Digilis Treler 27 Tan

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Juruteknik Maut Digilis Treler 27 Tan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Seorang juruteknik maut selepas digilis sebuah treler yang membawa muatan bahan kimia di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Desa Tasik menghala Sungai Besi di sini Khamis.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.45 pagi semasa Remmy Roslan, 23, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sri Kembangan dengan menunggang motosikal.

Beliau berkata dalam kejadian itu Remmy yang berasal dari Bentong, Pahang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah kereta Perodua Kenari dan tercampak ke sebelah kanan lebuhraya, dan digilis treler 27 tan berkenaan.

"Pemandu treler itu tidak sempat menghentikan kenderaannya dan Remmy yang terperosok ke bawah treler digilis oleh tayar belakang treler itu. Remmy mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mayat Remmy dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Abdullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi bahagian siasatan Cawangan Trafik Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee dengan menelefon 03-20719999 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

mesir

Active+ Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
3,939
Reaction score
55
Points
35
Al Fatihah buat arwah REMMY ROSLAN dan takziah buat keluarganya... amin...
 

cay3869

Active+ Member
Joined
Mar 11, 2007
Messages
3,095
Reaction score
43
Points
30
al-fatihah.. org pahang tu.. :(
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
al-fatihah.. dah baca kat link atas tu.. dah ajal.. al-fatihah sekali lagi..
teringat kat kawan.. yang pergi akhir tahun 2009 sejam sebelum malam tahun baru..klu kawan sendiri mesti terkejut dengar.. papepun dah ajal ditetapkan.. semoga roh arwah aman disana..amin
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
mati muda. tuhan sayang..
 

azr33na

Fun Poster
Joined
Jan 19, 2010
Messages
217
Reaction score
3
Points
15
al-Fatihah....
takziah buat keluarga arwah...
semoga rohnya aman di sana
 
Sponsored Post
Top
Log in Register