BTC USD 23,472.9 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,510
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,510
Reaction score
562
Points
121
Juruteknik kilang ditembak sebab isteri disyaki tipu skim pelaburan
FB_IMG_1670469517563.jpg
FB_IMG_1670469521459.jpg
FB_IMG_1670469523552.jpg

KLANG – Gara-gara dipercayai penipuan wang skim pelaburan dijalankan isterinya, seorang juruteknik kilang ditembak di hadapan rumah Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, pagi semalam.

Mangsa berusia 46 tahun itu cedera di bahagian lengan kanan dan bahagian leher akibat tembakan dilepaskan seorang suspek yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang perempuan warga tempatan kira-kira pukul 8.55 pagi memaklumkan suaminya ditembak di hadapan rumah mereka.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah mengalami kesan kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru di dalam lengan kanan mangsa.

“Hasil siasatan mendapati suspek disyaki adalah lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal warna gelap dan memakai topi keledar bervisor gelap semasa kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan mengunakan dua pucuk pistol yang berlainan.

Tambah Hoong Fong, pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki
kelongsong peluru di lokasi kejadian.

“Punca kejadian disebabkan disyaki isteri mangsa telah menipu wang skim pelaburan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa berusia 40 ingin pergi ke tempat kerja.

▶️KOSMO!ONLINE
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Suami Di Tembak, Isteri Di Syaki Tipu Skim Pelaburan

08.12.2022 - Kuala Lumpur, Seorang juruteknik mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan leher, susulan ditembak seorang individu yang dipercayai menjadi mangsa penipuan wang skim pelaburan isterinya di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, Klang pada 7.10 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa 46 tahun itu, cedera akibat tembakan yang dilepaskan seorang lelaki disyaki warga tempatan yang tidak dikenali, menaiki sebuah motosikal serta memakai topi keledar berpelindung matahari gelap semasa kejadian berkenaan. Cha berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang wanita warga tempatan pada 8.55 pagi tadi, memaklumkan bahawa suaminya telah ditembak di hadapan rumah mereka.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher.


Dua Pucuk Pistol, Tiga Das Tembakan

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru berada dalam lengan kanan mangsa,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Hasil siasat pihaknya, Cha berkata suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan menggunakan dua pucuk pistol yang berlainan. Beliau berkata pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, menemukan beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki kelongsong peluru di lokasi kejadian. Susulan itu, Cha meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan, untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/647354
 
Sponsored Post

Top
Log in Register