BTC USD 61,031.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jururawat dalam perjalanan ke tempat kerja maut kemalangan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Bonggol hitam kontroversi.... tak warna / stripe (tarikh gambar / video 7/9/2021). Aku tengok gambar pun tak clear bonggol tu.

Tapi kalau buang bonggol tu.. orang duk laju gak eksiden juga.
Bila letak bonggol.. pun jadi punca eksiden sebab orang tak tahu ada bonggol situ..

Ramai dah komplen bonggol super tinggi tu... ni dah ada eksiden rasanya esok lusa ghaib la bonggol tu.

oh gitu, sape la jurutera bijak letak bonggol kat jalan lurus panjang camgitu, boleh saman JKR ni ..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,315
Reaction score
15,060
Points
1,906
Bonggol hitam kontroversi.... tak warna / stripe (tarikh gambar / video 7/9/2021). Aku tengok gambar pun tak clear bonggol tu.

Tapi kalau buang bonggol tu.. orang duk laju gak eksiden juga.
Bila letak bonggol.. pun jadi punca eksiden sebab orang tak tahu ada bonggol situ..

Ramai dah komplen bonggol super tinggi tu... ni dah ada eksiden rasanya esok lusa ghaib la bonggol tu.

Hasif Hasan

15m ·

CORETAN PEGUAM

Tajuk akhbar Kosmo.

Jururawat maut, kereta terbabas lalu jalan berbonggol.

KOTA BHARU – Seorang jururawat maut selepas kereta yang dipandunya terbabas merempuh tiang elektrik ketika melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong di sini hari ini.

Menurut akhbar, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pandangan saya,
Pihak polis perlu juga menyiasat dengan terperinci mereka yang membuat bonggol tersebut dari segala aspek sama ada specifikasi, pencahayaan di waktu malam dan tanda amaran yang diletakkan sudah memadai atau sebaliknya.

Jika ada kes kecuaian maka pihak pendakwaraya juga boleh membuat dakwaan atas kecuaian dan menghukum pihak yang terlibat di mahkamah.

Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian dengan cuai mungkin releven pada pandangan saya.
Satu nyawa terkorban perlu diberi perhatian oleh pihak yang terlibat.

Sekian:
 

jaih

Legendary Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,055
Reaction score
487
Points
141
situ traffic light crossing dah ada...g tambah plop bonggol... tak pasal ada nyawa yg melayang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,315
Reaction score
15,060
Points
1,906
Ramai penduduk setempat yang menyatakan kesyukuran selepas bonggol berkenaan direndahkan.
https://www.kosmo.com.my/.../bonggol-maut-bunut-payong.../

1632125150940.png


Kerja-kerja membaiki bonggol maut di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu semalam oleh pihak berkuasa.

‘Bonggol maut’ Bunut Payong akhirnya direndahkan dan dicat semula​


  • 20 September 2021, 9:48 am

PETALING JAYA – Selepas meragut satu nyawa minggu lalu, akhirnya ‘bonggol maut’ di laluan berdekatan Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan akhirnya dibaik pulih semula.

Menerusi sebuah klip video yang tular di laman Facebook semalam memaparkan kerja-kerja merendahkan dan mengecat semula bonggol sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan klip video berdurasi 10 saat itu, kelihatan beberapa jentera sedang ‘membaik pulih’ bonggol tersebut sambil diawasi oleh beberapa anggota polis.

Kosmo! difahamkan, bonggol itu kini sudah rendah daripada yang asal dan telah dicat semula bagi meningkatkan tahap keselamatan kepada pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

Susulan perkongsian video tersebut, rata-rata pengguna berharap agar kejadian sama yang meragut nyawa seorang pemandu kereta tidak berulang pada masa hadapan.

“Terima kasih kerana telah rendahkan bonggol tersebut, sangat bahaya membina bonggol yang tinggi di laluan utama
.
“Harap selepas ini pihak berkuasa membuat kajian dahulu sebelum membina bonggol tinggi seperti itu di laluan utama,” tulis Yen Khalid.
Pada masa sama, pengguna turut terkilan dengan pembinaan bonggol tersebut yang telah meragut nyawa minggu lalu.

“Nasi sudah menjadi bubur, selepas hilang satu nyawa barulah naik baiki bonggol tersebut. Lain kali sebelum buat fikir tentang keselamatan pengguna jalan raya dahulu,”luah Adi PCB.

WhatsApp-Image-2021-09-20-at-9.46.43-AM.jpeg
Kereta yang dipandu seorang jururawat merempuh sebatang tiang elektrik selepas melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Jumaat lalu.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang jururawat maut selepas kereta yang dipandunya terbabas merempuh tiang elektrik ketika melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa, Wan Nurintan Farahida Wan Hasan, 36,meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.-K! ONLINE


 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,561
Reaction score
2,915
Points
206
Lepas harga satu nyawa hilang, baru nak dibuat betul2
Mahal jugak harga die
Xtau mcm mane penduduk tu 'bersyukur'
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,964
Reaction score
903
Points
121
Yang bersyukur tu mesti kebanyakannya jenis bawak laju-laju area situ.
 

GeeKaDoY

Active Member
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,187
Reaction score
221
Points
43
Ni Laju juga ni sampai bonggol tayar off the road tu, tangan tak stabil tertarik kiri sikit kot, terpesong keta terus bila tayar touch jalan balik...

Tapi ajal dah tertulis... mungkin dah terlewat... perlu cepat/laju... ditakdirkan perjalanan menemui malakat maut...
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,561
Reaction score
2,915
Points
206
Kalau tanye lando mmg sape yg buat bongol tu ******
Cat xde, signboard xde, lampu xde

Keluarga Mangsa boleh saman pbt
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register