Jurujual lelaki dicabul pak cik berseluar pink

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
843
Reaction score
148
Points
23
Oleh: AMIRA NATASYA MUHAMMAD AZRAEI (Wartawan pelatih UPM)


Seorang jurujual mendedahkan pengalaman pahit cuba dicabul oleh kaum sejenis.

"LEPAS saya dapat rakam muka dia tanpa dia sedar, terus saya lari macam Usain Bolt naik atas kat tingkat tiga."

Demikian pengalaman seorang pemuda yang mendakwa dirinya dicabul oleh kaum sejenis berusia lingkungan 40an ketika dia sedang memakai pelembab muka di tandas awam.

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Isnin petang itu tular apabila Kasim (bukan nama sebenar) membuat posting tentang dakwaan gangguan seksual oleh lelaki terbabit di laman sosial.

Video sebahagian daripada kejadian tersebut berdurasi 3 saat yang menunjukkan seorang lelaki berumur sedang membuka zip seluar merah jambunya di tepi tangga.

Rata-rata netizen menasihatkan Kasim supaya lebih berhati-hati agar kejadian itu tidak berulang, malah ada juga yang senasib dengannya turut berkongsi kisah mereka.

Berkongsi cerita dengan mStar, Kasim memberitahu segalanya bermula apabila bahagian alat sulitnya tiba-tiba disentuh oleh lelaki tersebut ketika dia sedang melihat cermin sambil memakai pelembap muka di tandas.

Menurut Kasim, walaupun sedar akan kehadirannya di tandas yang sama, dia tidak menjangkakan perkara tersebut akan berlaku kerana beranggapan tindakan lelaki membetulkan seluar mereka di bilik air adalah normal.

"Dah nama pun hari Isnin, masa tu dalam pukul 4.30 petang tak silap saya, jadi dalam mall tu macam lengang tak ramai orang. Saya pun yang tengah mengantuk terus pergi toilet.

"Dah alang-alang nak cuci muka tu, saya bawalah sekali moisturiser sebab kulit muka saya kering. Tengah-tengah dalam toilet tu, saya perasan macam ada seorang pakcik tua ni pelik berdiri kat sebelah saya.

"Saya anggap normal bila nampak dia betulkan seluar. So, saya tak fikir negatiflah, tengah tengok cermin sambil sapu moisturiser dekat muka saya, tiba-tiba je dia sauk saya punya private part, cuak gila masa tu. Saya pun terus ambil skincare saya keluar dari toilet secepatnya," katanya.

Pemuda berusia 20 tahun ini terus melulu keluar menggunakan tangga sebagai alternatif untuk melarikan diri daripada lelaki tua berkenaan.

Kasim yang bekerja di salah sebuah premis di situ terdetik untuk menggunakan escalator dan terus ke tempat kerjanya namun risau jika lokasi dia mencari rezeki diketahui oleh lelaki tersebut.

"Lepas tu dia tu ikut saya dari belakang pula, masa tu memang cuak sangat.

"Tak nak dia tahu kat mana tempat saya kerja, saya pun buat keputusan untuk guna tangga. Dalam 20 minit jugalah terbuang sebab nak escape dari dia," ujarnya.

Dalam pada itu, Kasim juga memberanikan diri mengambil gambar dan merekod video lelaki berkenaan untuk dijadikan bahan bukti sewaktu dia diekori di tangga.

"Masa dia follow saya dekat tangga, saya beranikan diri untuk dapatkan bukti which is saya nak record or ambil gambar muka dia.

"Dia ingat saya nak serah diri, padahal saya nak jadikan bahan bukti. Berderau sangat darah saya waktu dia dekat dengan saya kat tepi tangga.

"Dia cuba nak cabul saya lagi sebenarnya, tapi bila saya dapat record je video dan ambil gambar dia tanpa pengetahuan, saya pun terus lari macam Usain Bolt naik ke tingkat tiga untuk sembunyi dalam cubicle toilet," tambahnya.

Anak bongsu daripada empat orang adik beradik ini kemudian menghubungi rakan sekerjanya bagi mendapatkan bantuan.

"Saya terus call kawan tempat kerja, suruh datang dan periksa dia ada ke tak dalam tandas.

"Bila kawan dah datang dan beritahu kat saya yang dia dah lesap, saya pun keluar tapi dalam keadaan yang masih lagi takut," katanya.

Sementara itu, jurujual kelahiran Kuala Lumpur ini menjelaskan dia mempunyai alasan sendiri tidak mempertahankan diri ketika dia cuba dicabul. Jelas Kasim, dia berasa trauma kerana insiden tersebut mengingatkankannya terhadap peristiwa lampaunya yang pernah dicabul ketika masih kecil.

"Ada yang cakap, kenapa saya tak pertahankan diri. But what if predator tu ada benda-benda tajam yang boleh membahayakan nyawa saya? Saya waktu tu dahlah trauma, menggigil ketakutan, speechless. Memang tak boleh nak bertindak apa-apa.

"Especially ini bukan kali pertama saya dicabul. Bila teringat zaman kecil-kecil tu pernah kena sexual harrasment, memori lama muncul kembali dan saya terkedu.

"Yang saya peliknya, saya ni tak adalah handsome sangat, pakaian labuh bawah punggung, kenapa saya yang jadi mangsa? The point is, bukan soal alim atau tak, tutup aurat atau tak, tapi kalau dah kita disasar untuk dijadikan mangsa, ia tetap akan jadi," katanya.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/01/22/dicabul-ketika-melembapkan-muka

 
Sponsored Post

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
843
Reaction score
148
Points
23
peh tulisan bebudak skrg ni :eek:

teruk betul gay skrg ni dah x takut apa2
adakah ini disebabkan oleh kes Axxxx ngan Hxxxx
maka golongan2 gay ni smkn berani
fuh seram memikirkannya 😰
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,485
Reaction score
1,450
Points
206
pebenda pulak nama mangsa tu kasim.
tengok tu nama dia Aaaaaaaaaaaaaaaus .
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,795
Reaction score
89
Points
40
muka jambu kot ni, siap pakai pelembab muka bagai 😅
 

asamboy

Active Member
Joined
Jan 25, 2013
Messages
1,601
Reaction score
152
Points
43
muka tue flawless sgt tue puak gay suka...sapu pelembab maybe diorg ingat signal :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,826
Reaction score
1,311
Points
201
tu la ..kau dedahkan sgt tabiat adik adik kau tu...kan org dah geram...hahaha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,892
Reaction score
6,888
Points
1,746
mesti jambu sungguh dia ni, muka boyish sangat (tapi dia kata dia takde hensem pun, hmmm).
masa dia kecik dulu pun dah kena harrased

golongan metrosexual eh, jenis urban guna skincare bagai, masa tghari nak beralih ke jam dua dah bersiap nak freshen up muka balik.
mcm perempuan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register