BTC USD 23,597.7 Gold USD 1,872.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurugambar Temui Gunung Bentuk Ikan Di Gurun Arab Saudi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,679
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,679
Reaction score
26,783
Points
2,836
Awards
2

Jurugambar temui gunung bentuk ikan di gurun​

TERJEMAHAN SINAR HARIAN
07 DEC 2022
A⁻A⁺

2013389.jpg


Gunung mirip ikan gergasi muncul di padang pasir di Arab Saudi. - Agensi


RIYADH – Seorang jurugambar berjaya merakamkan imej gunung berbentuk seekor ikan gergasi yang muncul di padang pasir di bandar daerah Al-Ula, Arab Saudi, lapor CNN.

Khaled Al Enazi merakamkan imej luar biasa itu semasa menggunakan drone yang meninjau khazanah arkeologi di daerah tersebut.

“Semasa saya sedang mendokumentasikan kawasan itu, tiba-tiba pemandangan gunung muncul di hadapan saya yang bentuknya mirip ikan berenang separuh badan di padang pasir,” katanya kepada CNN.

Khaled berkata, dia mungkin bukan orang pertama menemui perbentukan batu itu, tetapi percaya ia perspekstif dari sudut berbeza pandangan udara bahawa yakin dengan bentuk ikan tersebut.

“Mata jurugambar melihat apa yang orang lain tidak nampak,” katanya sambil menamakan ia sebagai 'Ikan Gurun'

Sejak imejnya dikongsi, Khaled terpaksa menafikan imaginatif pengguna media sosial bahawa bentuk tersebut adalah tinggalan binatang laut gergasi.

“Beberapa pengguna media sosial menyatakan ia seekor ikan sebenar yang pupus beberapa juta tahun lalu, tapi sebenarnya ia adalah batu pasir yang dibentuk banyak faktor,” tambahnya.

Video 'Ikan Gurun' telah dikongsi dalam Twitter pada Julai lalu telah mencecah 29,000 tontonan. – Agensi

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register