Jurnal Pembelajaran BBMA KGun

Recommended Brokers


Forex Chart

Che'Yos

Junior Member
Joined
Dec 9, 2016
Messages
62
Reaction score
22
Points
11

Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga Forex CG,

Salam Maulidur Rasul. Sempena hari cuti ini, saya mengambil peluang untuk memulakan jurnal pembelajaran forex saya di forum CariGold ini. Terima kasih kepada Admin CG kerana memberikan platform terbaik untuk mencari, membaca dan berkongsi ilmu-ilmu serta teknik-teknik forex.

Teknik Fx yang saya amat tertarik untuk mengkaji dan mencuba adalah teknik BBMA ala KG. Founder KG adalah dari Indonesia, Terima Kasih Kang Gun kerana berkongsi teknik yang hebat ini, tak lupa juga otai-otai lama om Ismael, bro meijin, Paktuafx dan ramai lagi yang banyak berkongsi di thread BB Trading STYLE

Untuk permulaan, saya memilih untuk fokus pada acuan MA Daily dan memilih Intraday sebagai type trader saya. Template yang saya gunakan adalah sama yang digunakan oleh om Ismael cuma saya banyak menambah sd1-3. Template

Cara analisa saya adalah memerhatikan informasi-informasi dari minimun 3 acuan MA.

Analisa MA Trigger:

Untuk buy;

8H
4H
1H

Untuk Sell;

1H
4H
8H

Analisa Market Semasa:

Untuk Buy,

Monthly
Weekly
Daily

Untuk Sell;

Daily
Weekly
Monthly

Bagi analisa Bigmap, saya kurang mahir dan history data MT4 saya sangat limited. Saya harap ada otai-otai dapat membantu saya dalam hal ini.

Analisa Bollinger Band (BB)

BB dikelaskan mengikut cycle-cycle semasa yang terjadi.

1. Abnormal Up - Price di luar Sd+1
2. Abnormal Down - Price di luar Sd-1
3. Normal - Price diantara Sd+1 ke Sd-1 dan MA masih pointing up/down
4. Flat - Price di dalam BBMA yang mendatar.




BB Cycle mengikut kefahaman saya,

Flat > Abnormal Up/Down > Normal > Flat.

Dari turutan BB cycle kita dapat membuat prediction apa yang keadaan bb yang akan berlaku seterusnya.

Standard Open Position (SOP)

Untuk permulaan,

Entry Buy,
1. MA Daily pointing Up
2. BBMA 8H/4H normal atau flat.
3. Buy di BB Sd-3 8H/4H

Entry Sell,
1. MA Daily pointing Down
2. BBMA 8H/4H normal atau flat.
3. Buy di BB Sd+3 8H/4H

Buat masa sekarang saya belum dapat rumuskan lagi SOP yang perlu saya ada/guna. In shaa Allah dari masa ke semasa pembelajaran disini, saya harap dapat membuat SOP saya yang complete.

Target

Long Term
Dapat memahami cara kerja BBMA, dapat menganalisa pergerakan market untuk semua pair menggunakan BBMA.

Short Term
1. Saya akan men'Demo' akaun 20usd dan target 100usd. Ulang step ni 10x.
2. Jika 1 berjaya, saya cuba target 20usd > 100usd > 300usd.
In shaa Allah

Personal
Dapat ke Mekah dengan Mak, ayah, isteri menunaikan Umrah.
In shaa Allah

Saya akan update #1 post ini dari masa ke semasa berkenaan teknik BBMA KG ini.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
p/s:
Saya mohon otai-otai untuk menegur, menghentam dan memberi tunjuk ajar. :):)
 
Last edited:
Sponsored Post

Che'Yos

Junior Member
Joined
Dec 9, 2016
Messages
62
Reaction score
22
Points
11
Pemerhatian UsdCad sekitar jam 11 pagi



analisa di tfm30.
Ma Daily pointing down, cycle bb - Abnormal down. = Downtrend

M15
Ma 8H pointing down, cycle bb normal down. = bias downtrend..

M5
BBMA 4H flat, BB flat dan mengecut.

Target sell di Sd+3 bbma 4H

Update sekitar jam 2.30petang



kalau entry dah boleh close ni. sebab BB 8H tu dah mengucup, maksudnya pelemahan trend disitu.
 

Che'Yos

Junior Member
Joined
Dec 9, 2016
Messages
62
Reaction score
22
Points
11
Sekadar berkongsi info tentang penggunaan BB:

1. "Saat BB Acuan Besar dalam keadaan Trending (Pengarah), gunakan BB Acuan Kecil yang Flat/Normal sebagai tempat untuk entry..."
- Buy di Lower BB Acuan Kecil tersebut jika BB Acuan Besar dalam keadaan Trending UP dan
- Sell di Upper BB Acuan Kecil tersebut jika BB Acuan Besar dalam keadaan Trending Down.

2. "Saat BB Acuan Besar dalam keadaan Flat/Normal, gunakan BB Acuan Kecil sebagai pengarah..."
- Buy jika BB Acuan Kecil dalam keadaan Trending UP dan
- Sell jika BB Acuan Kecil dalam keadaan Trending Down.

3. "Saat BB Acuan Besar dalam keadaan Trending dan BB Acuan Kecil dalam keadaan Trending tetapi Tidak Searah", WAIT sampai salah satu kondisi 1 atau kondisi 2 tercapai.

4. "Saat BB Acuan Besar dan BB Acuan Kecil sama-sama dalam keadaan Trending dan Searah
", WAIT sampai salah satu kondisi 1 atau kondisi 2 tercapai.

5. "Saat semua BB Acuan yang kita gunakan dalam keadaan Flat", WAIT sampai salah satu kondisi 1 atau kondisi 2 tercapai.


Quote dari PaktuaFX :D:D
 

Che'Yos

Junior Member
Joined
Dec 9, 2016
Messages
62
Reaction score
22
Points
11


reason op, bbma 8H flat. scalping je ni.



SL bawah line sd-3..
market dah bagi tempat untuk SL.
Kena ada Sl sebab MA daily tu pointing down dan keadaan abnormal down.
saya target nak sell kat sd+3 BB8H tu nanti.
 
Sponsored Post
Thread starter Similar threads Forum Replies Date
amat_kayu Forex Journal 1
SUPERFOREX_AEDIN Forex Journal 12
najibzkl Forex Journal 13
nasiempet Forex Journal 2
W Forex Journal 47
Top
Log in Register