BTC USD 32,611.4 Gold USD 1,775.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Junta Myanmar lancar serangan udara terhadap pemberontak

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,467
Reaction score
4,542
Points
601
BANGKOK: Pemberontak di timur Myanmar mendakwa tentera junta melancarkan serangan udara terhadap kumpulan itu semalam, beberapa jam selepas pangkalan tentera berjaya diduduki kumpulan pemberontak.

Tindakan sedemikian menandakan serangan udara pertama terhadap Briged Kesatuan Karen Kelima (KNU) iaitu satu daripada kumpulan bersenjata terbesar di negara itu, sejak episod rampasan kuasa tampuk kerajaan Myanmar yang bermula 1 Februari lalu.

Kumpulan itu mendakwa, KNU semalam berjaya menguasai pangkalan tentera di sebelah tenggara negeri Karen.

Menerusi laman Facebook kumpulan itu turut memaparkan imej sejumlah senjata api dan senjata automatik yang dirampas.

Sekitar jam 7.30 malam (waktu tempatan), jet pejuang dilihat memasuki markas di daerah Hpa-pun yang dikawal oleh briged kelima dan melepaskan tembakan ke atas penduduk kampung, dakwa Ketua Hal Ehwal Luar KNU, Padoh Saw Taw Nee

"Kami masih belum dapat menghubungi daerah itu," kata Taw Nee kepada AFP.

Terdapat sekolah menengah, kolej junior dan kem latihan perubatan di sekitar kawasan tumpuan serangan.

Susulan serangan itu, pemimpin junta tidak segera memberi sebarang komen ataupun tiada pengesahan rasmi mengenai angka korban.

Myanmar sedang bergolak sejak pemimpin sivil, Aung San Suu Kyi, digulingkan dalam gerakan rampasan kuasa yang mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran, memaksa pihak keselamatan seperti polis dan tentera menggunakan keganasan.

Gerakan anti rampasan kuasa mendapat sokongan meluas di Myanmar, termasuk dalam kalangan beberapa kumpulan pemberontak bersenjata di negara itu yang selama ini berperang dengan pihak tentera untuk memperoleh lebih banyak autonomi.

Dianggarkan satu pertiga wilayah Myanmar, kebanyakan di wilayah sempadannya dikawal oleh segelintir kumpulan pemberontak yang memiliki ketenteraan sendiri. - AFP

 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,467
Reaction score
4,542
Points
601

10 military terrorist dead, Including one Deputy Battalion Commander from military terrorist 9 other soldiers. 8 other military terrorist arrest as prisoners of war.

KNU-Karen National Union's Brigade 5, KNLA troop raid attacked Thee Mu Hta Burma terrorist army base in this morning. 27 03 2021
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,467
Reaction score
4,542
Points
601

Ethnic Karen people fleeing Myanmar-military airstrikes reportedly pushed back by Thai soldiers
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,467
Reaction score
4,542
Points
601

Thai villages on border anxious after Myanmar military clashes with ethnic group
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,918
Reaction score
1,643
Points
201
Dl2 perang puak nie ngn puak kt la, smp la kt jatuh kena serah negeri
 

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,772
Reaction score
915
Points
81
Datang Malaysia la selamat

Boleh jadi ayahanda
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,467
Reaction score
4,542
Points
601
THAILAND-MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1617451776.jpg

Gambar diambil dari pekan Mae Sam Laep di wilayah Mae Hong Son, Thailand, menunjukkan pos kawalan tentera Myanmar d seberang Sungai Salween, yang menjadi lokasi pelarian dari Myanmar memasuki Thailand. - Foto AFP

12,000 hilang tempat tinggal akibat serangan udara tentera Myanmar​

YANGON: Kumpulan pemberontak menuduh tentera Myanmar menggunakan kekerasan melampau melancarkan serangan udara di sempadan dengan Thailand.

Serangan udara itu didakwa menyebabkan lebih 12,000 orang awam tidak bersenjata termasuk kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal.

Pada hujung bulan lalu, kumpulan etnik bersenjata, Karen National Union (KNU) menawan sebuah kubu tentera di timur Kayin, selain membunuh 10 pegawai tentera.

Susulan langkah KNU itu, junta tentera Myanmar melancarkan gerakan balas menerusi serangan udara dengan pengeboman bertali arus.

Serangan dari 27 hingga 30 Mac lalu itu menyebabkan ramai orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.

KNU juga adalah antara seteru paling lantang menentang junta tentera yang menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

Jurucakap junta tentera, Zaw Min Tun, berkata serangan hanya disasarkan ke arah Briged Ke-5 KNU yang menjadi dalang di sebalik serangan menawan kubu tentera dan pembunuhan pegawai tentera sebelum ini.

"Kami hanya melancarkan serangan udara pada hari itu saja. Kita sudah menandatangani perjanjian gencatan senjata di seluruh negara.

"Sekiranya mereka menepati perjanjian itu, tiada sebab untuk sebarang konflik tercetus," katanya.

Media etnik Karen dan kumpulan berhaluan kanan sebelum ini melaporkan siri pengeboman serta serangan udara dilancarkan di seluruh negeri sejak kebelakangan ini.

Kira-kira 3,000 orang lari ke Thailand Isnin lalu dengan menyeberang Sungai Salween bagi mencari perlindungan, namun Thailand mendakwa kebanyakan pelarian kembali ke Myanmar dua hari berikutnya secara sukarela. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,467
Reaction score
4,542
Points
601

A coalition of three powerful armed groups in Myanmar has reportedly attacked security forces for the first time since a ceasefire in 2019 .

At least 10 officers were killed in the eastern Shan state.

Meanwhile, in Bago, details are emerging of Friday's violent crackdown by the military in which at least 60 people are believed to have been killed.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,467
Reaction score
4,542
Points
601
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1619503195.jpg

Gambar menunjukkan pangkalan tentera Myanmar di tebing Sungai Salween, dilihat dari pekan Mae Sam Laep di wilayah Mae Hong Son, Thailand yang didakwa diserang dan ditawan kumpulan pemberontak, Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU). - Foto AFP

Pemberontak Myanmar dakwa tawan pangkalan tentera​

BANGKOK: Kumpulan pemberontak etnik mendakwa menyerang dan menawan pangkalan tentera di timur Myanmar berhampiran sempadan Thailand awal pagi hari ini.

Myanmar bergolak sejak tentera menggulingkan pemimpin awam Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa 1 Februari lalu, mencetuskan pemberontakan menyaksikan pasukan keselamatan bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan.

Gerakan itu mendapat sokongan luas di seluruh negara, termasuk beberapa kumpulan pemberontak bersenjata Myanmar di sempadan, yang selama beberapa dekad memerangi tentera untuk mendapatkan kuasa autonomi.

Salah satu kumpulan penentang terbesar ialah Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU), yang bertempur dengan tentera di wilayah mereka di sepanjang sempadan timur Myanmar selama berminggu-minggu.

Pertempuran meletus dekat sungai Salween yang berdekatan sempadan, dengan penduduk di bahagian Thailand melaporkan bunyi tembakan dan letupan dari dalam Myanmar.


"Pasukan kami menawan kem tentera Myanmatv," kata ketua Hak Ehwal Luar KNU, Padoh Saw Taw Nee kepada AFP, sambil menambah bahawa pertempuran berlangsung sekitar jam 5 pagi.


"Kami dapat mendengar bunyi peluru dari sebelah sana," kata Hkara, seorang penduduk Mae Sam Laep di dalam sempadan Thailand.


"Kami melihat lima atau enam tentera Myanmar berlari ke sungai dan kemudian kami melihat KNU menembak mereka, tetapi keadaan sangat gelap," katanya.


Dianggarkan sepertiga wilayah Myanmar kebanyakannya di wilayah sempadan dikendalikan oleh segelintir kumpulan pemberontak, yang memiliki tentera mereka sendiri.


KNU dengan lantang mengecam keganasan junta tentera dan menyatakan mereka melindungi sekurang-kurangnya 2,000 pembangkang anti rampasan kuasa yang melarikan diri dari pertempuran. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register