TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Dua tabung Masjid Kariah Felda Bukit Rokan yang ditemui pekerja kontrak tabur baja di ladang getah antara sempadan Bukit Rokan-Jelai, pagi Isnin lalu.
GEMENCHEH - Seorang pekerja kontrak tabur baja di ladang getah antara sempadan Bukit Rokan-Jelai terkejut apabila menemui dua tabung masjid dipercayai dibuang di ladang berkenaan, dekat sini, pagi Isnin lalu.
Imam 2, Masjid Katiah Felda Bukit Rokan, Zulkipli Abdullah, 56, berkata, pekerja berusia 20-an itu terus menghubunginya dan dia mengarahkan pekerja berkenaan untuk membawa balik dua tabung berkenaan untuk dirujuk kepadanya.
Menurutnya, dia menyangka pada awalnya tabung berkenaan milik masjid lain berikutan lokasi tabung berkenaan dijumpai di sempadan kawasan kebun menghala ke Jelai.
“Bagaimanapun, sebaik dibawa pulang ke masjid, saya terkejut apabila mendapati tabung berkenaan merupakan tabung bergerak milik masjid kami yang sering digunakan pada setiap Jumaat ketika peneroka menunaikan solat Jumaat.
“Baru kami sedar empat tabung bergerak yang diletakkan di belakang masjid sudah lesap dan dua daripadanya dijumpai dalam kebun. Jika diikutkan dalam empat tabung berkenaan hanya terdapat kira-kira RM5 duit lusuh dan koyak memandangkan kita kebiasaannya akan terus menyimpan duit berkenaan selepas solat Jumaat,” katanya.
Zulkipli berkata, jika diikutkan kira-kira tiga tahun lalu, tabung di masjid berkenaan pernah dipotong oleh pencuri yang menaiki motosikal kira-kira jam 1 pagi dan gelagat pencuri berkenaan dirakam CCCTV.
“Kita yakin pada kali ini, kecurian tabung bergerak ini adalah dilakukan oleh budak-budak nakal. Bagaimanapun, kita harap kejadian seperti ini tidak berulang kembali lebih-lebih lagi kecurian ini berlaku di masjid," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tabung-masjid-dalam-kebun-1.335068