BTC USD 63,323.3 Gold USD 1,770.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa rangka gladiator Rom kuno

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Jumpa rangka gladiator Rom kuno

YORK - Rangka seorang gladiator zaman Rom Kuno setinggi 1.77 meter berjaya ditemui oleh seorang ketua kurator, Andrew Morrison sewaktu kerja-kerja membaik pulih Muzium Yorkshire, England dilakukan baru-baru ini.

Bagi seorang lelaki Rom, rangka itu cukup tinggi dan memiliki tubuh yang tegap. Purata ketinggian manusia yang hidup pada waktu itu ialah 1.6 meter.

Gladiator merupakan lelaki yang dilatih untuk bertarung menggunakan senjata dalam pertunjukan di gelanggang seperti yang digambarkan dalam filem Gladiator lakonan Russell Crowe.

Rangka itu ditemui hanya 30 sentimeter di bawah lantai muzium. Analisis yang dibuat membuktikan rangka itu milik seorang lelaki yang kuat tetapi mati ditikam secara bertubi-tubi, termasuk satu kesan tikaman pedang di bahagian belakang kepalanya.

"Bukti fizikal menunjukkan gladiator ini tidak dikebumikan sebagaimana sepatutnya.

"Memang mustahil untuk disahkan, tetapi dia mungkin seorang gladiator yang dibunuh secara kejam dan dibiarkan mati begitu sahaja," kata Morrison.

Pakar dari Osteo Arkeleologi York merumuskan bahawa lelaki itu berusia antara 36 hingga 45 tahun. Menurut pengarahnya, Malin Holst, jangkaan umurnya diperoleh menerusi analisis kemerosotan bahagian sendi dan keadaan giginya.

Berikutan penemuan itu, pakar arkelogi semakin yakin mengenai kewujudan gelanggang sukan berbahaya itu di bandar tersebut. Pada 1,600 tahun lalu, York yang kini sebuah bandar di England merupakan ibu negara Rom untuk wilayah utara.

Bahagian bawah tanah Muzium Yorkshire juga sudah lama dijangka menjadi salah satu lokasi utama perlawanan itu.

Rangka itu kini dipamerkan untuk tatapan umum di muzium yang sama.

Sumber/Gambar
 
Sponsored Post

duit_takdekuasa

Active Member
Joined
Apr 8, 2008
Messages
1,851
Reaction score
4
Points
25
du_01.1.jpg


Ni gambar tu
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
wlopon mati ....ttp bergaya gak gladiator tu...
 

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
pandai2 je dieorang buat tafsiran yg tu rangke gladiater

tah2 rangke si perogol bersiri
 

AkuHenjutJer

Super Active Member
Joined
Mar 4, 2010
Messages
6,895
Reaction score
83
Points
70
mane kaki die? camne dia tau 1.77meter lak?:-?

nways, org zmn dulu x tinggi ek? ingatkan diorang lebeih 2 meter...:-?

hahahaha aku pun pelik jg mana dia tau tingginya 1.77meter...kakinya tarakkk
 

saufizhafs

Fun Poster
Joined
Dec 3, 2010
Messages
586
Reaction score
1
Points
15
tinggi org dlu lebih kurang tinggi org msia skrg rpenyer ek..huhuhu
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,973
Reaction score
553
Points
161
entah2 rangka tukang sapu org2 zaman dulu kot hahahahaha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register