"Jumpa di mahkamah kalau dia anak jantan"

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
GEORGETOWN - “Kalau betul dia anak jantan, saya cabar dia balik ke Malaysia dan jumpa saya di mahkamah," kata Timbalan Ketua Menteri (TKM) II, Prof Dr P Ramasamy ketika diminta mengulas tindakan Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy, menyaman beliau atas dakwaan memfitnah.

Menurutnya, beliau menafikan kenyataan Moorthy yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan memfitnahnya dan pertubuhan Hindraf yang disiarkan oleh enam media tempatan pada pertengahan Ogos lalu, sebaliknya menjelaskan kenyataannya ketika itu hanyalah mempersoalkan ke mana perginya wang RM700,000 yang kononnya dikutip demi tujuan memfailkan guaman sivil terhadap kerajaan British di London.

“Saya sama sekali tidak tergugat dengan tindakan Moorthy dan adiknya, P Uthayakumar yang cuba menyaman saya bersama sembilan defendan yang lain kerana saya berada di pihak yang benar dan sebagai wakil rakyat, saya mempunyai hak untuk mempersoalkan ke mana perginya wang kutipan hampir RM700,000 daripada masyarakat India di negara ini.

“Tindakan Moorthy yang kini bersembunyi di United Kingdom (UK) sejak tahun lalu jelas menunjukkan beliau cuba melarikan diri daripada sesuatu dan saya yakin ia tidak lain dan tidak bukan melibatkan wang kutipan itu yang mana sehingga kini beliau tidak menunaikan janji terhadap rakyat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan British,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ramasamy turut membidas tindakan Moorthy yang turut menyaman enam media tempatan termasuk beberapa media yang menjadi suara utama orang India iaitu akhbar Makkal Osai, Malaysia Nanban, dan Tamil Nesan serta menyifatkan tindakan itu sebagai menyekat kebebasan media untuk menyuarakan permasalahan rakyat.

Menurutnya, beliau juga menganggap tindakan Moorthy dan Uthayakumar bertentangan dengan objektif penubuhan Hindraf dan Makkal Sakti yang sebelum ini bersedia memperjuangkan suara rakyat, namun kini bertindak menyaman media atas alasan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan Hindraf.

“Dulu beliau sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan media dan berjanji kepada masyarakat India di negara ini akan mengembalikan hak orang India di negara ini daripada tangan Kerajaan British yang pernah memerintah negara sebelum kemerdekaan.

“Kini, di mana janji-janji beliau untuk memperjuangkan hak orang India negara ini? Di mana suara beliau memperjuangkan hak kebebasan media di negara ini? Saya fikir rakyat India di negara ini sudah faham bahawa perjuangan Moorthy dan Hindraf untuk kepentingan peribadi semata-mata,” katanya.
 
Sponsored Post

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
ko saman aku.. aku saman ko.. sibuk sikit tok hakim di mahkamah dan yang dapat duit ialah loyar....haiya pening .. :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register