TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,137
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,137
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

TAPAH - Pengusaha kedai makanan dan rumah rehat dinasihatkan supaya menjaga kebersihan terhadap makanan yang dihidangkan kepada pelanggan atau berdepan dengan tindakan tegas.
Amaran itu disuarakan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hasan apabila beliau secara kebetulan berada di sebuah rumah rehat untuk berjumpa pemimpin tempatan, mendapati makanan yang dihidangkan kepada seorang pelanggan mengandungi cacing.
Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, pelanggan berkenaan memesan sandwic yang dihidangkan bersama salad dan mendapati ada seekor cacing dalam salad itu.
"Kejadian yang berlaku adalah sahih dan saya meminta pengusaha rumah rehat agar berhati-hati ketika menghidangkan makanan untuk pelanggan," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau turut melawat ke bahagian dapur rumah rehat berkenaan untuk melakukan pemeriksaan mengejut bagi mengetahui tahap kebersihan premis terbabit.
Jelasnya, hasil pemeriksaan itu, beliau mendapati dapur mereka dalam keadaan memuaskan namun menasihatkan pihak pengurusan rumah rehat dan kedai makan lain supaya bersikap berhati-hati ketika menghidangkan makanan untuk pelanggan.
sinarharian