BTC USD 24,616.8 Gold USD 1,784.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Yahudi Seluruh Dunia Dan Rejim Zionis Israel

DenyMyExistenc3

Fun Poster
Messages
613
Joined
Aug 6, 2008
Messages
613
Reaction score
100
Points
23
Salam,

Rejim Israel mengistiharkan bahawa ia sebuah negara merdeka pada 14 Mei 1948. Bendera Israel direkabentuk sempena tallit atau selendang yang digunakan oleh Yahudi ketika sembahyang, di tengahnya pula diletakkan Bintang Daud (The Star of David). Nama resmi bagi rejim Israel ialah Medinat Yisra'el (Hebrew), Dawlat Isra'il (Arab) atau State of Israel (Inggeris). Jenis kerajaannya ialah republik perlbagai parti dengan satu parlimen bergelar Knesset, 120 ahli. Pembinaan parlimen Israel dibiayai oleh keluarga Rothchilds gergasi kewangan Zionis yang bertapak di Britain.


Rejim Israel mempunyai presiden tetapi pentadbirannya diketuai oleh perdana menteri. Pernah Albert Einstein ditawarkan menjadi perdana menteri Israel yang pertama tapi beliau menolak.
Rejim Israel ditubuhkan dengan bantuan Britain dan Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan dengan merampas tanah Palestin. Arab Saudi juga ditubuhkan dengan bantuan Britain dan Amerika Syarikat. Arab Saudi hingga kini adalah sekutu kuat Amerika walaupun ia tidak menyokong rejim Zionis secara terbuka.


Setakat bancian tahun 1998, jumlah penduduk Israel ialah 5,740,000 orang. GNP pula ialah USD90.310 juta atau per kapita USD15,870. Terdapat 81% Yahudi di sana, 14.5% Muslim dan lain-lain 4.5%.

JUMLAH YAHUDI SELURUH DUNIA

Di seluruh dunia, jumlah Yahudi ialah 13.3 juta. Kadar pertambahan penduduk Yahudi adalah hampir kosong peratus tapi pada tahun 2000 ke 2001 ia meningkat 0.3% berbanding pertambahan penduduk sedunia 1.4%. Setakat 2001, seramai 8.3 juta Yahudi tinggal secara diaspora (di serata dunia) dan 4.9 juta Yahudi tinggal di Israel. Kira-kira separuh dari keseluruhan Yahudi tinggal di Amerika di mana 46 peratus darinya berada di Amerika Utara. Kira-kira 37% dari seluruh Yahudi tinggal di Israel. Di Israel sendiri, peningkatan penduduk Yahudi ialah 1.6% sementara di seluruh dunia ia menurun 0,5%. Di Eropah termasuk Republik Rusia dan Turki, terdapat 12% dari seluruh Yahudi. Kurang dari 2% Yahudi tinggal di Afrika dan Oceania.

Bandar Yahudi yang terbesar ialah Tel Aviv di mana di sana terdapat 2.5 juta Yahudi. Kedua terbesar ialah New York, 1.9 juta. Haifa 655,000, Los Angeles 621,000, Jerusalem 570,000, Tenggara Florida 514,000. Setakat tahun 2001, ada 8 negara yang punya penduduk Yahudi berjumlah 100,000 atau lebih. Peratus Yahudi diaspora berbanding jumlah penduduk negara-negara berkenaan adalah amat sedikit, tidak sampai 2.5%.

Jumlah Yahudi mengikut negara ialah: USA 6,500,000, Israel 4,950,000, Perancis 600,000, Kanada 364,000, Britain 275,000, Rusia 275,000, Argentina 197,000, Ukraine 112,000, Jerman 98,000, Brazil 97,500, Afrika Selatan 88,000, Hungary 55,000. Bahasa yang digunakan oleh Yahudi ialah Inggeris 50% (di USA, Britain, Afrika Selatan dan Australia) dan diaspora 75%. Bahasa Hebrew 34% (di Israel).

PERTAMBAHAN KAUM YAHUDI AMAT LAMBAT

Jumlah Yahudi di Eropah menurun setelah Perang Dunia Kedua. Israel dan Amerika kini menjadi pusat tumpuan penduduk Yahudi. Selain itu ialah Perancis, Rusia dan Hungary. Hampir semua negara Islam punya penduduk Yahudi yang amat sedikit. Kini kebanyakan Yahudi tinggal di kawasan-kawasan bandar tapi negara-negara yang diduduki semakin berkurangan. Yahudi di negara-negara Arab (Algeria, Maghribi dan Tunisia, terutamanya yang kaya) sebahagian besarnya telah berhijrah ke Perancis. Di Jerman pula jumlah Yahudi meningkat akibat penghijrahan Yahudi dari Rusia.

Beberapa negara menyaksikan pengurangan Yahudi. Dari Afrika Selatan ramai yang berhijrah ke Australia, Amerika, Britain dan New Zealand. Dari Argentina mereka berhijrah ke Mexico, Miami, Sepanyol dan Israel. Dari Rusia berhijrah ke Jerman, Israel dan USA. Dari Ukraine dan Mexico pula berpindah ke USA.

Satu kajian meramalkan bahawa dalam masa 80 tahun lagi, penduduk Yahudi di Amerika akan menyusut menjadi satu pertiga iaitu hanya 3.8 juta orang jika kadar kesuburan dan pola perpindahan berterusan. Dalam masa yang sama, penduduk Yahudi di Israel dijangka meningkat sekali ganda, menjadi 10 juta orang. Di Rusia pula, menjelang 2080 penduduk Yahudi dijangka hampir tidak ada lagi di sana. Israel dijangka menjadi pusat penduduk Yahudi seawal tahun 2020 dan akan menjadi majoriti kepada Yahudi sedunia menjelang 2050. Antara tahun 2030 ke 2040 kebanyakan Yahudi dijangka tinggal di Israel kerana di diaspora komuniti Yahudi bertambah tua dan kurang subur. Pada tahun 2000, sebanyak 48.35% kanak-kanak Yahudi berusis 14 tahun ke bawah tinggal di Israel dan akan menjadi 59.20% menjelang 2020. Ini berbeza dengan Yahudi diaspora di mana dijangka lebih dari 40% Yahudi diaspora akan berusia 65 tahun atau lebih menjelang 2080.

YAHUDI MENDIAMI BANDAR-BANDAR

Hampir pasti kebanyakan Yahudi akan tinggal di bandar-bandar kerana rata-rata taraf ekonomi mereka adalah baik dan mereka bekerja dan berniaga di kawasan-kawasan bandar. Pada masa kini di Tel Aviv, Israel 2,560,000, di New York, USA 1,970,000, Haifa, Israel 655,000, Los Angeles, USA 621,000, Jerusalem, Israel 570,000, Tenggara Florida, USA 514,000, Paris, Perancis 310,000, Philadelphia, USA 276,000, Chicago, USA 261,000, Boston, USA 261,000, San Francisco, USA 210,000, London, Britain 195,000, Buenos Aires, Argentina 175,000, Toronto, Canada 175,000, Washington, USA 165,000.

KESIMPULAN


Kaum Yahudi sebenarnya bimbang mengenai pertumbuhan kaum mereka yang amat lambat dan ini menyebabkan jumlah Yahudi semakin menyusut berbanding kaum-kaum yang lain. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa berkahwin dengan kaum-kaum lain lalu memasukkan anak-anak hasil perkahwinan itu sebagai kaum Yahudi juga walaupun kesetiaan mereka kepada Yahudi dan falsafah Yahudi tidak semestinya wujud. Di antara Yahudi ada pula Zionis, tapi jumlah mereka ini amat sedikit. Namun Zionis inilah yang paling banyak melakukan huru-hara dan kezaliman hinggakan sebahagian Yahudi sendiri membenci Zionis. Sebilangan besar Yahudi yang kaya-raya terutamanya yang terlibat dalam perniagaan kewangan adalah Zionis. Sebilangan besar selebriti terutamanya pelakon-pelakon filem terkenal dan pengarah filem di Barat adalah Yahudi, begitu juga syarikat perfileman dan syarikat-syarikat media massa. Sama ada mereka ini pun berfahaman Zionis atau tidak, anda bolehlah menyelidikinya jika berminat.


Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.
 
Sponsored Post

hafis_81

Super Active Member
Messages
6,386
Joined
Feb 15, 2008
Messages
6,386
Reaction score
32
Points
70
bangsa yg paling pandai manipulate keadaan...
 

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,111
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
spielberg tu yahudi zionis ke tak erk?
 

dino

Super Active Member
Messages
7,610
Joined
May 9, 2007
Messages
7,610
Reaction score
0
Points
60
Avril Lavigne yg dtg Mesia itu ari,Yahudi gak kan?..... :-?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register