Jumlah Suapan Rasuah Sehingga Oktober Cecah RM45 Juta !!!

CG Sponsors




ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
KUANTAN, 13 Nov (Bernama) -- Jumlah suapan rasuah bagi sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini mencecah RM45 juta, kata Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Ahmad Said Hamdan.

Berucap pada perasmian Seminar Kepimpinan Berintegriti Ketua-ketua Jabatan Negeri Pahang di sini hari ini, beliau berkata bagi tempoh itu juga seramai 548 individu ditahan terdiri 252 pegawai dan kakitangan kerajaan serta 296 sektor swasta dan orang awam yang terbabit rasuah.

"Apa yang menariknya berdasarkan kepada statistik tangkapan adalah terdapat perubahan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana jumlah pegawai awam yang ditangkap atas kesalahan jenayah rasuah menurun berbanding sektor swasta atau orang awam," katanya.

Bagi tempoh berkenaan,jumlah harta yang disita ialah RM8.8 juta manakala denda yang dikutip berjumlah RM1.3 juta.

"Sepanjang tempoh itu juga, kita menerima 13,669 maklumat iaitu peningkatan 1,262 maklumat atau 10 peratus berbanding tahun lalu. Daripada jumlah itu, 1,235 kertas siasatan dibuka yang membabitkan 548 individu," katanya

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Said berkata jumlah pegawai dan anggota Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan ditambah daripada 1,000 orang kepada seramai 5,000 orang menjelang 2012 selaras dengan peningkatan maklumat berhubung jenayah rasuah serta cabaran lain yang perlu ditangani badan itu.

Katanya tugas pegawai BPR bukan sahaja mencabar dalam usaha mengumpul maklumat berhubung jenayah rasuah malah mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk ugutan bunuh.

"Saya sendiri pernah menerima ugutan bunuh bukan pada diri, malah pada keluarga, termasuk pernah menerima keris berhubung kes rasuah.

Seminar yang dihadiri 160 peserta itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

-- BERNAMA


Serious, saya jadi automatik terus angkat :(scam:(scam:(scam lepas baca tajuk berita ni :mad:

Banyak tu... RM45 Juta !!! :((

Padahal masih ramai lagi golongan yang tak terbela :((
 
Sponsored Post

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
tu yg melibatkn ikan2 bilis saje tuh....
kalo kire skali dgn jerung2 tu xtau la brp gamaknye....
 

mesir

Active+ Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
3,939
Reaction score
55
Points
35
ni lah negara kita... :D
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
bilis=juta2
jerung= puluh,ratus juta...
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
Malaysia Boleh!!!
Malaysia Boleh!!!!:-
.....rasuah
.....tdo
.....mencetak DVD pirate
.....berenang aje dpt dato'
.....bg anugerah dato' kt pelakon bollywood
.....dll
#:-S#:-S#:-S#:-S#:-S
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
hmmm...sikit tu....kalau nak ikut..ada sorang pemimpin sorok kat london duit not rm500-rm1000 masa krisis 98...la ni duit tu dah declare tak laku...nilai? adalah dalam 200juta....manalah didapat duit tu ye....
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
aku malu malaysia kaya dgn rasuah...

aku malu,aku malu....
 

Darkjahatz.inc

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2008
Messages
475
Reaction score
0
Points
10
hehehe.. tuh 45 juta yang tahu... yang rasuah yang x tahu nye....hehehe
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUANTAN, 13 Nov (Bernama) -- Jumlah suapan rasuah bagi sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini mencecah RM45 juta, kata Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Ahmad Said Hamdan.

Berucap pada perasmian Seminar Kepimpinan Berintegriti Ketua-ketua Jabatan Negeri Pahang di sini hari ini, beliau berkata bagi tempoh itu juga seramai 548 individu ditahan terdiri 252 pegawai dan kakitangan kerajaan serta 296 sektor swasta dan orang awam yang terbabit rasuah.

"Apa yang menariknya berdasarkan kepada statistik tangkapan adalah terdapat perubahan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana jumlah pegawai awam yang ditangkap atas kesalahan jenayah rasuah menurun berbanding sektor swasta atau orang awam," katanya.

Bagi tempoh berkenaan,jumlah harta yang disita ialah RM8.8 juta manakala denda yang dikutip berjumlah RM1.3 juta.

"Sepanjang tempoh itu juga, kita menerima 13,669 maklumat iaitu peningkatan 1,262 maklumat atau 10 peratus berbanding tahun lalu. Daripada jumlah itu, 1,235 kertas siasatan dibuka yang membabitkan 548 individu," katanya

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Said berkata jumlah pegawai dan anggota Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan ditambah daripada 1,000 orang kepada seramai 5,000 orang menjelang 2012 selaras dengan peningkatan maklumat berhubung jenayah rasuah serta cabaran lain yang perlu ditangani badan itu.

Katanya tugas pegawai BPR bukan sahaja mencabar dalam usaha mengumpul maklumat berhubung jenayah rasuah malah mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk ugutan bunuh.

"Saya sendiri pernah menerima ugutan bunuh bukan pada diri, malah pada keluarga, termasuk pernah menerima keris berhubung kes rasuah.

Seminar yang dihadiri 160 peserta itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

-- BERNAMA


Serious, saya jadi automatik terus angkat :(scam:(scam:(scam lepas baca tajuk berita ni :mad:

Banyak tu... RM45 Juta !!! :((

Padahal masih ramai lagi golongan yang tak terbela :((
Banyak lagi duit invesment haram yang Bank Negara bekukan...duit Pak Man Telo pun kita tak tau Bank Negara buat apa

:-?:-?:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register