BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah gelandangan di AS capai rekod baharu tahun ini

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,296
Joined
Dec 6, 2010
Messages
20,296
Reaction score
1,430
Points
201
Jumlah gelandangan di AS capai rekod baharu tahun ini

Washington: Jumlah individu yang tiada tempat tinggal di Amerika Syarikat (AS) mencapai rekod baharu tahun ini iaitu 771,480 orang, yang antara puncanya disebabkan inflasi berterusan dan harga perumahan yang tinggi.


Ini bersamaan dengan kira-kira 23 daripada setiap 10,000 orang di negara itu tiada tempat tinggal.

Peningkatan itu berlaku apabila isi rumah merasai tekanan daripada kos perumahan, dengan sewa median untuk Januari 2024 adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding Januari 2021, menurut Gabungan Perumahan Pendapatan Rendah Nasional.

Selain kos perumahan, laporan HUD turut menekankan gaji yang stagnan dalam kalangan isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah, serta kesan berterusan daripada perkauman sistemik sebagai faktor lain.

Masalah lain yang menyumbang termasuk bencana alam, peningkatan warga asing, dan penamatan program pencegahan kehilangan tempat tinggal yang diperkenalkan semasa pandemik Covid-19.

"Walaupun data ini hampir setahun usianya, dan tidak lagi mencerminkan situasi yang kita lihat sekarang, adalah penting untuk kita memberi tumpuan kepada usaha yang berasaskan bukti untuk mencegah dan mengakhiri kehilangan tempat tinggal," kata ketua agensi HUD, Adrianne Todman dalam satu kenyataan.


Artikel Harian Metro

6312241898412165426_121.jpg

6312241898412165427_121.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register