BTC USD 26,706.1 Gold USD 1,963.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Julie Sudiro Meninggal Dunia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
05.02.2023 - Kuala Lumpur, Penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, yang menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor sejak 9 Januari lalu, meninggal dunia jam 9.30 malam tadi. Berita sedih itu dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi Harian Metro.

"Sebelum ini arwah ada menunjukkan tanda-tanda positif tapi tiba-tiba keadaannya tenat dan mengembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.30 malam tadi. Pemergian Julie adalah satu kejutan buat seluruh penggiat seni. Semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya.

Sementara itu, anak bongsu Allahyarhamah Julie, Jose Irmanto Sudiro Soliano,45, ketika dihubungi bagaimanapun belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

"Bukan sekarang. Hubungi saya nanti," katanya ringkas menerusi kiriman WhatsApp.

Pada 15 Januari lalu, media melaporkan keadaan kesihatan Julie semakin stabil selepas dimasukkan ke hosptal akibat paras oksigen menurun. Bagaimanapun Julie yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih memerlukan bantuan pernafasan. Dua tahun lalu, media melaporkan Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro menjalani hidup dengan tenang sebagai guru mengaji. Antara mereka yang menjadi anak murid penyanyi yang terkenal menerusi lagu jazz dan keroncong sejak 1960-an itu Allahyarham Seniwati Mariani, Shasha, Dian P Ramlee dan ramai lagi.​

1675564733624.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register