• Forum searching still not well functioning . We have already working on it.

Juliana Evans sah bergelar isteri kepada kerabat

Recommended Brokers


Latest Threads

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3

JULIANA Evans, 27, selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.- Foto ihsan Instagram


Datuk Seri Shah Rezza turut hadir pada majlis pernikahan tertutup Juliana dan suami Tengku Shariffuddin.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Juliana Evans, 27, selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 29, di sebuah lokasi yang tidak didedahkan, hari ini.

Majlis pernikahan itu bagaimanapun dipercayai berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Menerusi kenyataan dikirimkan kepada BH Online, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans selamat diijab kabul dengan suaminya, yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi tadi.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd Rasid Mahful.

Pelakon filem Bella dan Jamie itu tidak mengikat tali pertunangan sebelum disatukan dengan pasangannya sebagai suami isteri.

Selepas selesai acara akad nikah, Juliana meluahkan kesyukuran kerana hari bersejarah mereka berjalan lancar, dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga.

"Saya juga berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami," kata Juliana yang akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini.

Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Majlis resepsi pasangan terbabit dijangka diadakan selepas Aidilfitri.







http://www.bharian.com.my/node/277561
 
Last edited:
Sponsored Post

momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
10,779
Reaction score
313
Points
83
Mcm pengantin omputih dah
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
0
geng kerabat je la kalau artis2 ni...
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,252
Reaction score
859
Points
113
org org kaya mesti mesti dapat bini lawa lawa...:D:D
 

Supreme

Super Active Member
Joined
May 26, 2012
Messages
5,637
Reaction score
149
Points
0
Mcm salah info je.. btul ke kerabat johor? Type nama bapak dia kerabat selangor tu..
 

Fijin

Fun Poster
Joined
Jan 21, 2017
Messages
988
Reaction score
85
Points
0
Memang ada campur kerabat johor,tgk baju dia pakai,teluk belanga dan seluar slack hitam,kerabat johor memang pakai mcm tu,dato shah rezza pun terpaksa pakai baju melayu seluar slack hitam ikut protokol kekeke
 

cyborg

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2008
Messages
4,518
Reaction score
94
Points
48
Anak sedara Sultan Johor ni....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register