notrexdame
CG Hardcore Club

- Messages
- 76,166
Paid Membership
- Joined
- Apr 26, 2008
- Messages
- 76,166
- Reaction score
- 63
- Points
- 525
DI SEBUAH kilang Elite Thai Leather di Bangkok, pekerjanya bersusah payah untuk mengubah kulit buaya yang menggerutu kepada gaya beg tangan berjenama mewah seperti yang dimahukan perekanya.
Sebuah beg tangan berwarna biru cerah diperbuat daripada kulit yang diwarnakan dengan kepala buaya yang masih sempurna diubah menjadi pengancing sudah lama popular di Asia. Warga Eropah lebih gemar aksesori mereka daripada kulit perut reptilia tersebut.
Bagi seseorang yang terlibat dalam industri ini, buaya Siam berjaya memenuhi keperluan mereka. Ini membantu melonjakkan industri kulit buaya Thailand yang sebelum ini agak ketinggalan.
Tetapi walaupun ia berkualiti, kulit buaya Thailand tidak terjejas akibat kelembapan sistem kewangan global. Namun stok pasaran di seluruh dunia merudum apabila pengguna mengehadkan perbelanjaan mereka ke atas barangan yang berjenama.
"Tahun lalu, Elite Thai Leather memperoleh kira-kira 10 juta baht (RM1.02 juta) hasil jualan produk kulit haiwan eksotik," kata presidennya, Panotkorn Usaiphan.
"Sehingga akhir musim panas lalu, rancangan syarikat untuk mendapatkan perolehan yang sama tahun ini boleh mencapai sasaran. Tambahan pula pesanan antara bulan Januari hingga Ogos adalah normal."
Bagaimanapun, hasil eksport mula merosot sejak bulan September dan Oktober lalu. Memandangkan permintaan terhadap beg tangan, kasut dan daging buaya semakin berkurangan, mereka yang mengusahakan bahan mentah mula merasakan tekanan akibat ancaman kemerosotan global.
"Produk kami adalah barangan mewah. Jadi krisis kewangan global menjejaskan perniagaan saya sejak tiga hingga empat bulan lalu," kata Arporn Samakit dari Sriracha Crocodile Farm yang mengeksport kira-kira 3,600 ekor kulit buaya setiap tahun.
"Jumlah jualan keseluruhan di pasaran tempatan dan luar negara jatuh daripada enam hingga ke tujuh juta baht setiap bulan berbanding 10 juta baht sebelum ini. Rasanya tahun depan pun belum tentu keadaan kembali seperti sediakala."
David Chiu, Presiden Thai Leathergoods Association berkata, dia menjangka semua eksport kulit akan jatuh sehingga 10 peratus tahun depan berdasarkan krisis kewangan global yang semakin meruncing.
Namun, meskipun krisis kewangan menyebabkan golongan kaya memadamkan beg tangan mewah dalam senarai membeli-belah mereka, Kanya Amorntheerakul dari Jabatan Promosi Eksport Thailand berkata, industri boleh menanganinya.
"Eropah mungkin merosot, tetapi kami akan cuba mencari pasaran baru," jelasnya sambil menyatakan kemajuan di India dan China sebagai pangkalan pelanggan baru mereka.
PASARAN ekonomi yang lembap turut menjejaskan jualan barangan kulit buaya.
--------------------------------------------------------------------------------
Antara tahun 2002 hingga 2006, jumlah eksport tahunan Thailand untuk buaya Siam hidup lebih dua kali ganda manakala eksport kulit sahaja meningkat kepada 31,983 berbanding 3,795 menurut pusat kawalan pemuliharaan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Eksport untuk daging haiwan eksotik pula meningkat kepada hampir 400 tan pada 2006 berbanding 25 tan pada 2002.
Thailand juga berjaya membuatkan haiwan reptilia itu sebagai salah satu industri yang komprehensif, bermula di ladang ternakan yang telah bertukar menjadi tarikan pelancong.
Di Samut Prakan Crocodile Farm & Zoo yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bangkok, pelancong dihiburkan dengan seorang lelaki yang bergusti dengan buaya tanpa sebarang alat.
Di belakangnya pula, terdapat kira-kira 60,000 buaya yang bakal menjadi tali pinggang, beg dan stik. Malah, beg tangan kulit buaya berwarna biru milik Panotkorn sebenarnya berasal dari ladang Samut Prakan.
Walaupun lain-lain buaya diternak di Thailand, spesies Siam digunakan untuk 87 peratus jumlah eksport kulit buaya di negara itu dan kesemua daging buaya eksport.
PEKERJA Elite Thai Leather memegang kulit buaya yang sudah diwarnakan.

Sebelum ditukar menjadi beg tangan atau tali pinggang, buaya Siam berwarna hijau gelap dengan tompok hitam. Ia berukuran tiga meter panjang, kecil dan lebih jinak berbanding yang hidup di air masin.
Hampir pupus di persekitaran terbiar dan hanya dipelihara oleh beberapa zoo di seluruh dunia, buaya Siam adalah paling eksklusif yang ditemui dalam ratusan ladang buaya kecil yang terletak di sepanjang Sungai Mekong.
Ladang ternakan itu ada yang bersaiz besar, kecil dan beroperasi secara haram di kalangan keluarga pemilik. Daging buaya Siam juga amat lazat yang berkhasiat dan sering dijadikan sebagai makanan tambahan di Eropah dan Amerika Latin.
"Daging buaya amat sedap dan menyelerakan. Ia tiada lemak dan tiada kolesterol," kata Arporn. - AFP
p/s: buaya banyak sgt skrg ni kot
)