BTC USD 84,270.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan Gudang Karangkraf 2025, Al-Quran Ar-Riyadh Ibarat Kamus Untuk Pembaca

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,333
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,333
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
01.02.2025 - Al-Quran Ar-Riyadh menjadi yang paling terlaris dan digemari pengunjung kerana kelainan bukan sahaja dalam terjemahan ayat tetapi juga terjemahan daripada setiap patah perkataannya. Eksekutif pemasaran al-Quran Karya Bestari, Muhamad Asyraf Jalaluddin berkata, al-Quran Ar-Riyadh yang bersaiz B5 adalah ibarat sebuah kamus yang mampu mengisi kekeliruan pembaca apabila membacanya.

Muhamad Asyraf bersama al-Quran Ar-Riyadh.

Muhamad Asyraf bersama al-Quran Ar-Riyadh.



“Al-Quran terbitan Karya Bestari ini, bukan sahaja ada terjemahan ayat tetapi juga terjemahan perkataan di mana ia memudahkan pembaca mengetahui maksud setiap perkataan ayat al-Quran itu sendiri. Jadi bila mereka baca, bukan sahaja dapat mengetahui maksud ayat tetapi juga maksud setiap satu perkataan dalam masa yang sama meningkatkan penguasaan bahasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, Muhamad Asyraf berkata, setiap kalimah dalam al-Quran mungkin mempunyai beberapa kalimah yang sama tetapi kadang-kadang membawa kepada maksud yang berbeza. Ditanya mengenai harga senaskhah al-Quran, dia berkata, pengunjung boleh mendapatinya dengan potongan harga sebanyak 15 peratus iaitu RM51 daripada harga asal RM60 dan RM45 bagi sesiapa yang mempunyai keahlian.
Pengunjung boleh mendapati al-Quran Ar-Riyadh di Jualan Gudang Karangkraf 2025 berharga RM51.

Pengunjung boleh mendapati al-Quran Ar-Riyadh di Jualan Gudang Karangkraf 2025 berharga RM51.

“Ar-Riyadh juga sebenarnya ada dua jenis, satu lagi ialah Ar-Riyadh Perjuzuk yang mana setiap juzuk dijadikan satu naskhah. Menariknya di sini, al-Quran ini bukan sahaja dibeli oleh orang berumur tetapi juga daripada setiap peringkat umur dan itu adalah perkara yang sangat baik memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan,” ujarnya.
Orang ramai hadir ke Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Sabtu. Foto: Mohd Halim Abdul Wahid

Orang ramai hadir ke Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf bermula jam 9 pagi hingga 7 malam akan melabuhkan tirainya pada 2 Februari 2025.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...al-quran-ar-riyadh-ibarat-kamus-untuk-pembaca
 
Back
Top
Log in Register