BTC USD 28,437.6 Gold USD 1,974.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan Axia cecah 44,000

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)


TEMPAHAN Perodua Axia telah mencecah 44,000 unit berbanding sasaran awal sebanyak 30,000 menjelang akhir 2014, kata Presiden Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sdn Bhd, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Sehubungan itu, syarikat itu sedang mempertimbangkan sasaran baru bagi akhir tahun dan pada masa yang sama memastikan ia dapat memenuhi tempahan sedia ada, kata Aminar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

"Sehingga kini sebanyak 9,000 model Axia telah berjaya diserahkan kepada pembeli. Disebabkan permintaan yang tinggi, kami telah membuat pelarasan agar pengeluaran dapat memenuhi permintaan," kata beliau.

Amanar berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah 'Skuad Keselamatan Junior Perodua Squad' di ibu pejabat Perodua di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan model terbaru itu dijangka mengalami kelewatan penghantaran disebabkan masalah mendapatkan alat ganti yang sesuai dan bukannya disebabkan kapasiti kilang.

Penghantaran mungkin tertangguh sehingga enam bulan dan syarikat berharap dapat mengurangkannya kepada 1.5 bulan menjelang akhir tahun.

Sementara itu, mengulas mengenai peruntukan dana RM70 juta oleh kerajaan untuk membangunkan pembuatan kereta elektrik di dalam pembentangan Bajet 2015, Aminar berkata, Perodua tidak mempunyai perancangan untuk terlibat di dalam pembuatan kereta elektrik dan ia akan terus memberi perhatian kepada segmen kenderaan cekap penggunaan bahan api.

"Masih terdapat banyak lagi ruang di dalam bidang ini, yang kita boleh perbaiki dan terokai.

"Kita akan terus mengusahakan teknologi "enjin pembakaran dalaman" dari segi penjimatan minyak dan pengendalian dan ia setanding dengan kenderaan elektrik ," katanya lagi.

Objektif utama program 'Skuad Keselamatan Junior Perodua' itu ialah untuk mendidik muid-murid sekolah rendah akan pentingnya keselamatan di sekolah dan rumah. - Bernama
 
Sponsored Post

lelabah

Super Active Member
gem
Messages
5,775
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,775
Reaction score
926
Points
121
bila dah banyak tempahan tak menang tangan.... mulalah QC tu diabaikan....

perkara yg pembeli kena waspada......tingkat pengeluaran nak siap cepat takut2 ada yg tak penuhi piawai.


kalau aku tunggu setahun dulu tengok feedback pelanggan utk mana2 yg tak betul perodua akan baiki.


sabar membeli menang memakai.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register