Jual tubuh bayar ansur

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
GOMBAK: Akibat bebanan hidup, seorang ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa mengambil ‘jalan pintas’ dengan menawarkan khidmat seks melalui bayaran ansuran di kalangan rakan sekerja lelakinya.

Difahamkan, kegiatan tidak bermoral itu yang dilakukan secara separuh masa, mula dijalankan wanita terbabit bagi menampung keperluan diri dan enam anaknya selepas diceraikan suami.

Lebih menyedihkan, bekas suami wanita itu langsung tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anaknya sejak menceraikan isterinya walaupun sudah diarahkan berbuat demikian melalui perintah mahkamah.

Berikutan buntu memikirkan nasib untuk meneruskan kehidupan selain menyara anak-anaknya, wanita itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, nekad menggadaikan maruah dirinya kepada beberapa lelaki ‘hidung belang’ yang juga rakan sekerjanya pada bulan kedua diceraikan, walaupun belum tamat tempoh edah.

Perkara ini didedahkan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Beliau mengetahui mengenai aktiviti tidak bermoral yang dijalankan ibu tunggal terbabit ketika menghadiri seminar berkaitan Badan Sokongan Keluarga (BSK) JKSM di Pulau Pinang, kelmarin.

Katanya, perkara itu boleh dielakkan sekiranya ibu tunggal terbabit tahu mengenai pelbagai bentuk bantuan yang layak diperolehnya termasuk melalui dana BSK.

“Saya terkejut dan sedih bila mendapat tahu mengenai perkara ini yang tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula membabitkan umat Islam. Dengan gaji kecil, mana mampu menanggung keperluan peribadi dan anak-anak.

“Kami juga mendapat maklumat mengenai kegiatan sama dilakukan seorang lagi wanita di negeri berkenaan yang bekerja sebagai tukang cuci dan siasatan kami mendapati, bekas suami wanita itu tidak memberi nafkah,” katanya.

Hadir sama, Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin.

Mengulas lanjut mengenai BSK, Ibrahim berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas kerja untuk dibawa ke jemaah menteri sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Kita harap sasaran dana BSK sebanyak RM15 juta diluluskan bagi membantu golongan seperti ibu tunggal yang tidak mendapat nafkah mencukupi untuk menyara keluarga dan dapat dilaksanakan awal tahun depan. Buat masa ini, dana terkumpul RM500,000 yang diperuntukkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, langkah mengadakan perbicaraan di mahkamah syariah pada hujung minggu bermula Jumaat malam hingga pagi Ahad, perlu diadakan bagi mengelak warga asing yang terbabit dengan jenayah syariah terlepas daripada hukuman.

Hingga Ogos tahun ini saja, sebanyak 485 kes membabitkan jenayah syariah dilakukan warga asing dicatatkan di seluruh negara. Ada di kalangan mereka sanggup datang dari Negeri Sembilan dan Melaka untuk buat maksiat dengan gadis tempatan.

Jual tubuh tu satu hal..yang si customer tu rakan tempat kerja...apa ler perasaan depa nie...haru biru betul masyarakat sekarang...tolong tapi tak ikhlas

~X(~X(~X(
 
Sponsored Post

hazwan

Super Active Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
5,107
Reaction score
11
Points
65
normal la tu lelaki, x kan nak nye nolong free2, seMESTInye nak habuan, :))

p.s. post la gmbr ibu tunggal tu, mane la tau, hot mama :eek:
 

AKIMARU

Fun Poster
Joined
Dec 2, 2007
Messages
941
Reaction score
7
Points
15
hangin betul aku kat bekas laki dia!!
 

speciosa

Fun Poster
Joined
Jul 5, 2008
Messages
682
Reaction score
3
Points
20
kat cini ada sorang ibu tuh..kul 5 dah bgn buat kuih..6.30 pg hantar kuih ke kdai..pastu keja kat citu plak tlg bungkus nasi lemak..kul 8 masuk keja tukang sapu sampah sekolah. sambil2 tu dia letak kuih kat kantin skolah. kul3 calo. ptg keja lg tu. kdg2 g kutip getah..

nak seribu daya
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Huih mana pegi semua duit zakat hah...?
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
mcm2....apa nk jadi..dunia sudah hampir kiamat
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
bdk opis aku tak dak camni...kalo ada,nak gak aku bantu...

hehehehehehehe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register