Jual rakan lama pada ‘bapa ayam’

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,615
Reaction score
21,075
Points
1,671
Kuala Lumpur: Pertemuan semula seorang wanita berusia 21 tahun dengan rakan lamanya mengundang padah apabila dia dijual kepada sindiket pelacuran dengan harga RM3,000 selain dipukul, dipaksa melacur dan dikurung sebelum berjaya melarikan diri.

Kejadian bermula pada 11 April lalu apabila mangsa mengadakan pertemuan dengan rakan perempuannya di sebuah bangunan rumah kedai di Kepong, di sini, selepas beberapa tahun tidak berjumpa.


Sumber polis berkata, dalam pertemuan itu rakan mangsa hadir bersama teman lelakinya dan ketika berbual, muncul seorang lelaki berusia lewat 30-an yang memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah kedai berkenaan.

Menurutnya, tidak lama kemudian, rakan mangsa dan teman lelakinya itu meninggalkan premis berkenaan, namun apabila mangsa ingin beredar, pemilik rumah kedai terbabit menghalangnya.


“Rupa-rupanya lelaki itu bapa ayam dan dia memberitahu mangsa sudah dijual kepadanya oleh rakannya sendiri dengan harga RM3,000. Biarpun mangsa berulang kali merayu dikasihani, permintaannya tidak diendahkan,” katanya.


Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dalam bilik di premis berkenaan dan di situ ada 10 wanita dipercayai warga China dan Vietnam yang dipaksa menjadi pelacur.

Sumber itu berkata, keesokan harinya, mangsa dipaksa memakai pakaian seksi dan menyertai kumpulan pelacur itu beratur sebelum diperagakan kepada pelanggan. “Pada mulanya mangsa enggan, namun akhirnya akur selepas dipukul bapa ayam terbabit. Mangsa dipilih seorang pelanggan dan melayan lelaki itu yang memberitahu dia membayar RM1,680 untuk meniduri mangsa,” katanya.


Menurutnya, selepas hampir seminggu dikurung di premis berkenaan, mangsa berjaya meloloskan diri jam 7 pagi, Ahad lalu.

“Ketika itu, tiada siapa di premis berkenaan dan mangsa membuka pintu menggunakan gunting sebelum melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kepong dengan bantuan orang awam,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jualrakanlamapada__8216_bapaayam__8217_/Article/index_html
 
Sponsored Post

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Hanya siasat tanpa serbuan kat premis tuh? :))
 

Ququd

Banned
Joined
Jun 13, 2008
Messages
1,305
Reaction score
0
Points
20
la nilai rakan Rm 3,000 jer?
ek eleh jual la mahal sikit...
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
924
Points
171
mmg ade kes mcm nie...

lagi2 jenis mat rempit...

cari pompuan 20an...

bg topup..pastu jual..

naharom!!
 

forexian

Super Active Member
Joined
Sep 28, 2008
Messages
6,034
Reaction score
61
Points
80
zzaman moden ni masih ada lagi kes camni ?
mintak dijauhkan la dari keluarga aku
 

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Kawan makan kawan. Ni syaitan bukan kawan
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,578
Reaction score
136
Points
83
ni cina kopet punye keje la ni...binatang mcm ni la yg sepatutnya dihalau keluar dr Malaysia....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register