BTC USD 98,150.4 Gold USD 2,691.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual petrol, diesel seludup dari Malaysia untuk kelangsungan hidup

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,548
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,548
Reaction score
6,646
Points
881
Awards
1
Jual petrol, diesel seludup dari Malaysia untuk kelangsungan hidup

A view of the sea
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Narathiwat: Perbezaan harga runcit petrol dan diesel yang ketara antara Malaysia dengan Thailand, menyebabkan bahan api itu terus menjadi sasaran penyeludup untuk dibawa keluar dan dijual secara terbuka tepi-tepi jalan di sepanjang Selatan Thailand.

Biarpun kegiatan menjual petrol dan diesel bersubsidi dari Malaysia itu telah menjadi 'barah' sejak lebih 10 tahun lalu, namun ia masih berleluasa ekoran permintaan yang tinggi daripada rakyat di negara itu, sekali gus memberikan pendapatan lumayan kepada peniaga kecil negara jiran termasuk golongan wanita.

Tinjauan Bernama baru-baru ini mendapati, terdapat puluhan gerai di tepi jalan di Sungai Golok menjual minyak dan diesel subsidi yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia di dalam botol dan tong plastik, dengan harga sekitar 28 baht (RM3.64) untuk botol satu liter hingga 250 baht (RM32.50) untuk tong sembilan liter.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Aphichet Jeh-Ouma ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata, di sepanjang tepi jalan sekitar pekan Sungai Golok sehingga ke pekan Yala sahaja, terdapat lebih 100 peniaga kecil negara itu menjual petrol dan diesel seludup itu.

"Pihak berkuasa tempatan Thailand telah kerap menegur penjual petrol dan diesel secara haram ini, tetapi mereka masih berdegil dengan alasan mahu meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Aphichet berkata, walaupun bahan api itu dijual dengan harga yang jauh lebih mahal, masyarakat di Sungai Golok tetap membelinya kerana masih murah berbanding harga bahan api yang dijual di negara itu.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan rakyat Malaysia turut membeli petrol dan diesel seludup itu kerana kebiasaannya mereka yang datang dengan menaiki kenderaan sendiri telah mengisi penuh kenderaan mereka dengan petrol atau diesel, sebelum masuk ke negara itu.

"Kalau ada pun mungkin kes terpencil sahaja seperti kehabisan minyak akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, sehingga terpaksa membeli bahan api berkenaan di tepi jalan," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang ditemui Mat Yi, 40, berkata, setiap hari dia menjual sehingga 100 liter petrol atau lebih dikenali sebagai 'benzine' di Thailand yang dihantar oleh pembekal dari Rantau Panjang, Pasir Mas.

"Saya sendiri tidak pasti bagaimana cara pembekal memperoleh bahan api itu dan saya yakin kesemua bahan api berkenaan diseludup dari Malaysia.

"Kami tahu menjual minyak petrol dan diesel yang diseludup dari Malaysia adalah salah, tetapi ramai berbuat demikian," katanya.

Saleeha Abdullah, 56, berkata harga petrol RON 95 di Thailand yang kini mencecah lebih RM5.36 seliter, menyebabkan petrol yang di seludup dari Malaysia mendapat permintaan tinggi di Thailand.

Beliau berkata minyak yang dijual di dalam botol di tepi jalan itu, kebanyakan adalah untuk pengguna motosikal dan dijual dengan harga 28 baht hingga 30 baht (RM3.90) seliter.

"Kesemua minyak botol yang diletakkan di tepi jalan itu juga daripada jenama berlainan dan harganya juga berbeza serta sentiasa berubah mengikut tahap kesukaran mendapatkan bekalan.

"Jika daripada jenama yang agak terkenal harganya agak tinggi, tetapi kesemuanya diperoleh dari Malaysia. Sepanjang jalan ke bandar Narathiwat memang ramai yang berniaga seperti ini dan seolah-olah berniaga air minuman," katanya.

Disiarkan pada: October 20, 2024 @ 5:24pm
 
Sponsored Post

sy fulltank dulu baru masuk telen...
ngan moto skuter kecik.. fulltank bleh sampai hatyai...
kalu ngan moto unta.. fulltank bleh pi balik hatyai..
mmg byk pun yg dok jual minyak seludup belah sg golok nih...
mcm gerai jual buah jaa diaorg buat... bersusun botol minyak hehe
mcm org jual minyak runcit dlm kampung pat kita..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register