BTC USD 54,430.5 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual organ di Internet

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
JAKARTA - Penduduk Indonesia yang mengalami masalah kekurangan wang tidak lagi bergantung pada orang tengah sebaliknya menggunakan Internet untuk menjual organ mereka kepada pembeli.

Perbuatan itu sekali gus mengeksploitasi kelemahan undang-undang tempatan dan meningkatkan bahaya serta perdagangan haram organ manusia.

Ratusan iklan muncul di laman web iklan peribadi yang menawarkan buah pinggang pada harga serendah 50 juta rupiah (RM18,149).

Salah satu iklan itu menyatakan seorang lelaki berumur 16 tahun mahu menjual satu buah pinggang pada harga 350 juta rupiah (RM127,044) atau ditukarkan dengan sebuah kereta Toyota Camry.

Kebanyakan pengiklan itu iaitu pelajar, golongan profesional dan suri rumah tidak malu menggunakan nama sebenar dan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Sebahagian besar mereka menyatakan organ mereka bebas penyakit dan tidak pernah merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah.

Mereka menjelaskan, hutang atau tunggakan pinjaman bank menjadi punca perbuatan itu dilakukan.

Perniagaan organ diharamkan di Indonesia dan jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda 300 juta rupiah (RM108,896).

Namun beberapa pegawai kerajaan mengakui penjualan masih bebas kerana laman web sedemikian tidak dipantau selain undang-undang pula masih kabur dan sukar dikuatkuasakan.

Seorang peguam, Subagyo Partodiharjo mendakwa banyak urus niaga itu dikawal oleh satu sindiket ala mafia yang memujuk penduduk miskin di kampung terpencil supaya menjual organ mereka.

"Saya mengesyaki mereka yang menghantar iklan di Internet itu dibuat bagi pihak penjual," katanya.

Seorang pegawai telekomunikasi yang dikenali dengan nama Jhon berkata, dia menjual organ kerana hendak membayar hutang.

Dia menjual buah pinggang, hati dan kornea.

"Ia merupakan pilihan terakhir. Jika saya tidak dapat membayar hutang menjelang Disember ini, saya tidak mempunyai pilihan (menjual organ)," katanya. - AFP
 
Sponsored Post

saifuladli80

Junior Member
Messages
66
Joined
Dec 9, 2009
Messages
66
Reaction score
0
Points
6
ada jgk org buat keje cm ni..silap2 dah derma organ, dapat duit..pastu mati..apa pun x dapat...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register