BTC USD 43,579.3 Gold USD 1,750.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jual cacing rm500 sekilo???????

alonso

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
1-29.jpg


'EIII!!!... geli!' Biasanya itulah respons orang ramai apabila ternampak cacing yang dianggap kotor dan menjijikkan. Tubuhnya yang menggeliat-geliut dan berlendir sudah pasti membuatkan anda hilang selera makan.

Bagi kebanyakan orang, cacing jarang sekali tergolong dalam senarai haiwan kesukaan. Jauh sekali menjadikannya binatang peliharaan. Seboleh-bolehnya makhluk ini dijauhi berikutan penampilannya yang tidak menarik.

Namun, haiwan invertebrat yang bergelar sebagai ejen penguraian bahan buangan industri untuk dijadikan baja organik, pemusnah sampah organik dan bahan campuran dalam makanan ternakan serta pembuatan kosmetik ini menjadi binatang peliharaan yang membuka lubuk emas bagi Shahadi Mansor

Lelaki yang berusia 36 tahun ini, merupakan pemilik syarikat Fantastis AGRO yang berpangkalan di Meru, Klang.

Membuka bicara mengenai perniagaan cacing yang diusahakan secara komersial bermula Februari tahun lepas ini, Shahadi mengakui ramai yang tidak percaya spesies tersebut boleh diternak dan dijadikan satu bisnes berpotensi besar.

Di Malaysia, cacing sudah dikenali sejak zaman nenek moyang kita apabila digunakan sebagai ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit manakala najis cacing pula boleh digunakan sebagai baja kompos (organik).

"Namun, hari ini cacing bukan lagi hidupan yang lazimnya menjadi mainan kaki pancing untuk dijadikan umpan, sebaliknya ia menjadi produk perniagaan yang menguntungkan," katanya yang baru berkecimpung dalam perniagaan ini.


2-20.jpg

GUMPALAN cacing yang akan dimasukkan dipetak yang disediakan dengan campuran batang pisang dan taik lembu untuk melakukan pemprosesan baja porganik.

Pemuda yang berasal dari Tanjung Karang ini, terdetik menceburi perniagaan tersebut selepas bertemu bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga sahabat lamanya yang berkobar-kobar ingin memulakan perniagaan yang masih mentah di negara ini.

Idea bernas tersebut dan pada masa yang sama Shahadi yang sedang mencari perniagaan sambilan, membuatkan mereka mengambil keputusan memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

"Wang simpanan sebanyak RM20,000 digunakan sebagai modal awal untuk membeli bekalan cacing dari Indonesia dengan bantuan seorang rakan yang sekian lama mengusahakan perniagaan ini dengan jayanya.

"Saya telah mengimport kira-kira 10 kilogram cacing daripada pembekal di Bandung, Indonesia dengan harga RM450 (1/2 kilogram)," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di pusat ternakan cacing di Persiaran Hamzah Alang, Meru, Klang, baru-baru ini.


3-18.jpg

UJANG DAHLAN sedang memeriksa kaadan ladang cacing.

Malah, ketika beliau memulakan perusahaan itu, ada segelintir pihak yang bersikap negatif dan memandang serong terhadap usahanya itu.

"Tetapi keghairahan terhadap bidang agro sejak kecil gara-gara asal usul daripada keluarga petani mendorong saya untuk mencuba perusahaan ini dengan menghadiri kursus ternakan cacing di Kajang selama tiga bulan.

"Ilmu yang diperolehi daripada kursus tersebut secara tidak langsung memberi semangat baru untuk membangunkan perniagaan dan mengaplikasikan apa yang diajar seperti kaedah ternakan dan penjagaan cacing untuk mengaut keuntungan yang lumayan," ujar lelaki yang berkhidmat di salah sebuah institusi pengajian tinggi di bandar tersebut.

Melalui syarikatnya Fantastis AGRO, beliau kini menjadi pembekal cacing untuk pasaran luar negara terutama ke Indonesia bagi dijadikan salah satu ramuan dalam produk kosmetik.

Katanya, perkembangan industri kosmetik yang berasaskan cacing ini di bekas tanah jajahan Belanda itu membantu pengusaha-pengusaha di negara ini mengeksport hasil mereka untuk mengaut keuntungan banyak.


4-14.jpg

NAJIS lembu yang direndam sebelum dicampurkan dengan batang pisang.

Menurutnya, beliau sendiri tidak menyangka usahanya menternak cacing menjanjikan pendapatan lumayan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram (kg) pada harga pasaran.

"Setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan.

"Sebenarnya, cacing yang diternak bukan cacing yang berasal dari negara ini tetapi diimport dari Indonesia atau lebih tepat lagi asalnya dari Australia," jelas Shahadi sambil menunjukkan genre cacing yang terdapat di bangsal miliknya.

Shahadi memberitahu jenis cacing yang diternak adalah cacing merah (Lumbricus Rubellus), cacing harimau (Eisenia Fetida) dan cacing biru dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Perionyx excavatus).

"Spesies itu dipilih sebagai ejen pengurai lantaran sifatnya yang lebih agresif berbanding cacing tempatan. Terutamanya cacing merah adalah spesies yang kuat makan.

"Ia mampu makan sehingga lapan kali ganda daripada saiz tubuhnya dalam masa sehari," tambah ayah kepada enam orang cahaya mata ini.

Seterusnya pengusaha yang turut berminat memelihara tanaman bonsai ini berkata penjagaan cacing tidak sukar kerana cacing tersebut akan diletakkan di dalam satu bekas yang dicampur dengan makanannya iaitu batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing atau lembu serta sabut kelapa.

Menurutnya, cacing berkenaan tidak perlu diperiksa setiap hari kerana ia tidak mudah mati.

"Cuma, apa yang perlu dibuat ialah sentiasa membasahkan cacing dan meletakkannya di tempat yang lembap.

"Makanan perlu ditambah seminggu sekali kerana jika habis, cacing akan merayap untuk melepaskan diri," ujar Shahadi yang turut memberi ceramah mengenai penternakan cacing di sekitar kawasan Klang.

Beliau berkata, setiap kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.

Katanya, cacing dewasa boleh membesar sehingga 12 inci panjang dan boleh bertelur sebanyak 48 biji setahun.

Baja sahaja RM10,000

SEMENTARA itu, pemilik syarikat Fantastis AGRO, Shahadi Mansor juga melipatgandakan pendapatan melalui perusahaan cacing ini dengan memproses sendiri baja kompos hasil daripada najis cacing.

Ini kerana najis haiwan ini boleh menyubur tanaman dan sayuran manakala airnya pula digunakan untuk menyubur pohon bunga di halaman rumah.

6-8.jpg

SHAHADI membantu pekerjanya melakukan proses menapis baja secara manual.

Di kebanyakan negara miskin, rakyatnya tidak mampu membeli baja untuk keperluan aktiviti pertanian yang diusahakan. Justeru mereka menggunakan kaedah lama yang lebih menjimatkan kos untuk menghasilkan baja dengan menjadikan cacing sebagai ejen menguraikan sisa-sisa makanan.

“Baja kompos yang dihasilkan mengandungi bahan-bahan buangan seperti najis lembu atau kambing dan sabut kelapa.

“Kebaikan kaedah vermiculture (vermikompos atau pengkomposan) yang mengunakan bahan buangan tersebut bukan sekadar memberi kesan positif kepada tanaman-tanaman tetapi juga berupaya mengekalkan tahap keseimbangan alam sekitar,” ujarnya yang mengunakan baja tersebut untuk tanaman cili yang diusahakan di sebelah bangsal itu.

Najis cacing yang terdapat dalam palung akan diasingkan dan diayak bersih dengan menggunakan sejenis alat mengayak secara manual sebelum dihantar ke Jabatan Pertanian Kuala Lumpur bagi memeriksa dan menyelidik kandungan bahan kompos dan bahan-bahan lain.

Ujarnya, sejurus selesai pemeriksaan, jabatan berkenaan memberi kebenaran atau pengesahan untuk baja syarikat itu dipasarkan dalam pasaran tempatan bagi penggunaan petani dan pekebun untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi.

“Dengan bilangan cacing yang kian meningkat, hasil baja yang dihasilkan juga semakin banyak. Daripada sejumlah satu kg baja kompos yang dihasilkan setiap bulan, kini jumlah tersebut telah mencecah 1 tan baja kompos sebulan.

“Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan apabila anggaran pendapatan sebulan syarikat juga mencecah sehingga kira-kira RM10,000,” katanya sambil menunjukkan baja-baja kompos yang siap disusun untuk dijual pada para pelanggan.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Agak-agak kalau jual hang sekilo sebarapa orang berani beli?
 

kawecool

Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,482
Reaction score
3
Points
25
cmner ek nk bela cacing..sape leh tulung...mcm nak je bukak ladang cacing tp xretila..takut xder org nak beli..nnti rugi lak..
 

epoi2405

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2008
Messages
728
Reaction score
4
Points
15
cmner ek nk bela cacing..sape leh tulung...mcm nak je bukak ladang cacing tp xretila..takut xder org nak beli..nnti rugi lak..

usaha bagus bro,tapi survey market dulu,boleh jual atau tidak.pegi ke jabatan pertanian dengar penerangan diorang tentang industri cacing nie.pegi kursus yg sebetul2nya utk ternak cacing dan biak cacing.jgn main redah jer bro.stakat nak tolong,kat dlm nie ramai leh tolong bro kalau betul nak buat.
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
bagus perternakan zaman moden yang memberi pulangan yang lumayan
 

shamz1311

Fun Poster
Joined
Mar 11, 2008
Messages
454
Reaction score
0
Points
10
Tak ramai lagi yang buat penternakan cacing ni...

jadi harga tgh canteekkk...
 

azamnetwork

Active Member
Joined
Aug 26, 2007
Messages
1,073
Reaction score
13
Points
25
Perlu cacing boleh hubungi saya. Market price RM350.00-RM250.00 aje. Kalau 50kg RM150, siap hantar. Kalau company2 nak bekalan harga boleh bincang. Call aje no kat bawah tu.:D
 

jengking68

Freshie
Joined
Apr 16, 2008
Messages
2
Reaction score
0
Points
3
Saya ada bekalkan medium untuk makanan cacing.
60/40, tinja kambing/habuk papan
Hanya RM1.50/kg
Hubungi 019-3858539
 

blue.frosty

Active Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
2,045
Reaction score
1
Points
25
waaaaaaaa ni bleh try ni......mana tau kot jd businessman cacing
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register