BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual barang curi guna WeChat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_06.1.jpg


ISKANDAR PUTERI – Tindakan dua remaja yang aktif mencuri komponen motosikal dan menjual barangan itu menerusi aplikasi sembang WeChat sejak awal tahun ini akhirnya memakan diri apabila mereka diberkas dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini pada Rabu lalu.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 14 dan 15 tahun yang sudah berhenti sekolah ditahan kira-kira dua jam setengah selepas seorang mangsa berumur 44 tahun membuat laporan mengenai kehilangan komponen motosikalnya di Balai Polis Gelang Patah di sini pada pukul 11.58 pagi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa mendakwa, beberapa komponen motosikalnya jenis Yamaha 135LC didapati hilang ketika diletakkan di bawah blok Perumahan Rakyat Lima Kedai di sini.

“Antara komponen yang hilang ialah rim berserta tayar, cakera brek serta pam brek.

“Tindakan pantas polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan dua remaja terbabit pada hari sama laporan dibuat dan merampas beberapa barang kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
padan muka. menyusahkan orang je budak-budak macam ni.
 
tangkap geng2 gini..menyusahkan orang je keje nya..banyak lagi keje lain boleh buat, mencuri jugak yang jadi pilihan
 
letak bawah blok budak2 tu ingat dah takmau la tu budak2 tu jual..:))
 
laju betul polis buat keje. hari yg sama dapat tangkap.

muda2 dah mahir mencuri. haishhh
 
laju betul polis buat keje. hari yg sama dapat tangkap.

muda2 dah mahir mencuri. haishhh

kes aku siasat baru ni..pengadu buat report tengah hari petang kita dapat tangkap..curi beg handbag warga emas yg tgh solat di
masjid..kerugian rm 6k..urin positif amp
 
Apasal bila berita WeChat sahaja mesti jenayah.
 
Mesti polis tu pn selalu people nearby..
Tu yg mngkin terperasan kot dak tu jual brg curi
 
Back
Top
Log in Register