BTC USD 28,520.7 Gold USD 1,977.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JSJN Bukit Aman lumpuhkan sindiket dadah bernilai RM1 juta.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mematahkan lima cubaan penyeludupan dadah oleh sindiket antarabangsa dan tempatan sejak 31 Oktober sehingga semalam.

Dalam siri serbuan yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang, Bandar Sunway dan Petaling Jaya itu, polis turut menahan empat lelaki berusia 27 hingga 34 tahun serta merampas kira-kira 9.4 kilogram dadah jenis syabu bernilai lebih RM1 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata dalam serbuan itu pihaknya membongkar pelbagai taktik terbaharu digunakan sindiket untuk mengelirukan pihak berkuasa.

"Antara taktik yang digunakan mereka adalah menyorokkan dadah di dalam tempat duduk basikal yang diubahsuai.

"Kesemua mereka warga negara Nigeria, Republik Guinea, India dan tempatan itu kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya pada sidang media JSJN di sini, sebentar tadi.

http://www.bharian.com.my/node/15599
 
Top
Log in Register