BTC USD 37,869.7 Gold USD 1,774.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPV Perak arah ladang babi ditambah baik elak bau

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,556
Reaction score
2,415
Points
201
JPV Perak arah ladang babi ditambah baik elak bau
SAIFULLAH AHMAD | | 03 Mei 2021
1620486113278.jpeg

Razman (tengah) melawat operasi penternakan ladang babi yang didakwa mengeluarkan pencemaran bau.
A A
KAMPAR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mengarahkan pengusaha sebuah ladang ternakan babi di Malim Nawar, di sini untuk menambah baik operasi mereka bagi mengelak pencemaran bau di kawasan sekitar.
Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan JPV Perak, Dr Azizah Darus berkata, pihaknya meminta pengusaha menambah penggunaan microorganisma efektif (EM) yang bertujuan mengurangkan bau ternakan tersebut.
Menurutnya, selain itu juga saluran udara juga ditambah baik dengan memastikan udara yang keluar masuk semula ke kawasan ladang ternakan tersebut selain penanaman pokok sebagai penampan.

"Ladang ini telah wujud sejak tahun 80-an lagi dan ketika itu enakmen berkaitan status tanah tak wujud lagi. Lesen yang kami wujudkan untuk kawal aktiviti perladangan untuk memastikan ia dilaksana secara terkawal.
"Kalau kami tak bagi lesen, kita bimbang mereka akan beroperasi tanpa mengikut prosedur yang akan memberi kesan lebih teruk. Jadi operasi ladang masih diteruskan dengan arahan penambahbaikan untuk kawal bau," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di ladang ternakan babi berkenaan dan Kampung Bunga Tanjung, di sini pada Isnin.
Hadir sama dalam lawatan itu, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...Perak-arah-ladang-babi-ditambah-baik-elak-bau
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,556
Reaction score
2,415
Points
201

Tak tahan bau babi!​

SAIFULLAH AHMAD | | 01 Mei 2021
1051300.jpg

Hamidah (duduk, dua dari kanan) bersama sebahagian penduduk yang mengadu masalah bau busuk daripada ladang ternakan babi berhampiran ketika mengadakan sesi pertemuan di Dewan Orang Ramai Kampung Bunga Tanjung di sini pada Jumaat.
KAMPAR - Penduduk di Kampung Changkat Belulang, Kampung Changkat Bendera, Kampung Bunga Tanjung dan Taman Sri Malim di sini mendakwa menderita akibat pencemaran bau daripada operasi penternakan babi berhampiran kediaman mereka.
Seorang penduduk, Adnan Nik, 55, berkata, bau busuk terpaksa dihadapi penduduk setiap pagi dan keadaan lebih teruk ketika hujan.
1051301.jpg

Menurutnya, kesengsaraan penduduk itu berlarutan lebih lima tahun tanpa sebarang penyelesaian oleh pihak berkaitan.
"Kami memang tidak tahan dengan bau busuk dan kawasan ternakan itu juga tidak sampai satu kilometer dari rumah saya. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkaitan untuk keselesaan penduduk setempat.
"Kita sudah mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk tindakan sewajarnya.
"Jika operasi ladang babi ini tiada lesen tutup sahaja dan ambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kampung Bunga Tanjung di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) JPKK Kampung Bunga Tanjung/Changkat Belulang, Herry Zakaria berkata, pihaknya sudah mengemukakan aduan pada 21 Januari lalu kepada seorang lagi AJK untuk disampaikan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.
Beliau mengakui penduduk setempat berdepan dengan bau busuk sejak sekian lama dan meminta JPKK bertindak menangani masalah tersebut.
Jelasnya, hampir 700 penduduk di empat kawasan itu terjejas dan berdepan masalah bau yang tidak menyenangkan sehingga kini.
Dalam pada itu, masalah berkenaan mendapat perhatian Pengerusi Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak, Datuk Hamidah Osman yang bertindak menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah Kampar bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, tanah tersebut tidak pernah ditukar status kegunaan untuk tujuan penternakan babi namun operasi ladang itu mendapat lesen daripada Jabatan Veterinar.
Beliau berkata, keadaan itu amat mendukacitakan apabila penternakan haiwan itu diluluskan dan memberi kesan kepada penduduk setempat.
"Semakan kita mendapati pejabat daerah tidak memberi kebenaran untuk menukar status tanah. Persoalannya, bagaimana lesen boleh dikeluarkan untuk menternak babi di sebalik pelanggaran syarat tukar tanah.
"Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri mengkaji semula dasar pemberian lesen ternakan babi ini. Sebelum diberikan lesen, penternak perlu mendapat kelulusan daripada pejabat daerah dan tanah untuk penukaran status tanah," katanya.
Hamidah berkata, pihaknya akan mengemukakan memorandum dan surat bantahan mengenai isu tersebut kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad serta Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria dalam masa terdekat.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,732
Reaction score
1,613
Points
201
Kena tambah pewangi la mcm nie
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,337
Reaction score
12,850
Points
2,376
JPV Perak arah ladang babi ditambah baik elak bau
SAIFULLAH AHMAD | | 03 Mei 2021
View attachment 367856
Razman (tengah) melawat operasi penternakan ladang babi yang didakwa mengeluarkan pencemaran bau.
A A
KAMPAR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mengarahkan pengusaha sebuah ladang ternakan babi di Malim Nawar, di sini untuk menambah baik operasi mereka bagi mengelak pencemaran bau di kawasan sekitar.
Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan JPV Perak, Dr Azizah Darus berkata, pihaknya meminta pengusaha menambah penggunaan microorganisma efektif (EM) yang bertujuan mengurangkan bau ternakan tersebut.
Menurutnya, selain itu juga saluran udara juga ditambah baik dengan memastikan udara yang keluar masuk semula ke kawasan ladang ternakan tersebut selain penanaman pokok sebagai penampan.

"Ladang ini telah wujud sejak tahun 80-an lagi dan ketika itu enakmen berkaitan status tanah tak wujud lagi. Lesen yang kami wujudkan untuk kawal aktiviti perladangan untuk memastikan ia dilaksana secara terkawal.
"Kalau kami tak bagi lesen, kita bimbang mereka akan beroperasi tanpa mengikut prosedur yang akan memberi kesan lebih teruk. Jadi operasi ladang masih diteruskan dengan arahan penambahbaikan untuk kawal bau," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di ladang ternakan babi berkenaan dan Kampung Bunga Tanjung, di sini pada Isnin.
Hadir sama dalam lawatan itu, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...Perak-arah-ladang-babi-ditambah-baik-elak-bau
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

"Kalau kami tak bagi lesen, kita bimbang mereka akan beroperasi tanpa mengikut prosedur yang akan memberi kesan lebih teruk. Jadi operasi ladang masih diteruskan dengan arahan penambahbaikan untuk kawal bau," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di ladang ternakan babi berkenaan dan Kampung Bunga Tanjung, di sini pada Isnin.

Tak perlu bagi lesen pun
Saman je la kalau beroperasi tanpa lesen
Sita semua yang berkaitan
Babi tu semua hapuskan
 
cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81

Ladang ini telah wujud sejak tahun 80-an lagi dan ketika itu enakmen berkaitan status tanah tak wujud lagi.

- kan Pengarah vatrina dah trrangkan kat atas.

Ladang dah ada sebelum enakman status tanah.

Ladang dah ada lama.

So...bila penduduk oata ...sejak 5 tahun bau,..ada sebab yg datang kemudian.

Saya fikir..munkin Perumahan baru ?

Atau operasi ladang sekarang tak elok dan keluar bau?

So..tak boleh simply nak kata Jabatan Vaterina salah :)
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,422
Reaction score
2,839
Points
206
lain macam bau babi.
auto kembang tekak.
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,556
Reaction score
2,415
Points
201
Lobai kita pun tak mampu menutupi kandang babi

takpe lah, tunggu nabi isa turun kasi settle semua babi2 ni
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,337
Reaction score
12,850
Points
2,376
Ladang ini telah wujud sejak tahun 80-an lagi dan ketika itu enakmen berkaitan status tanah tak wujud lagi.

- kan Pengarah vatrina dah trrangkan kat atas.

Ladang dah ada sebelum enakman status tanah.

Ladang dah ada lama.

So...bila penduduk oata ...sejak 5 tahun bau,..ada sebab yg datang kemudian.

Saya fikir..munkin Perumahan baru ?

Atau operasi ladang sekarang tak elok dan keluar bau?

So..tak boleh simply nak kata Jabatan Vaterina salah :)

Betul
Tu cuma cadangan
Dari segi pelaksanaan belum tentu 😁
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,822
Reaction score
2,445
Points
201
Lobai kita pun tak mampu menutupi kandang babi

takpe lah, tunggu nabi isa turun kasi settle semua babi2 ni
Dia kena time DAP perintah Perak baru cepat buat kroje deme ni.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register