JPN Nafi Dua Individu Miliki Nombor MyKad Sama

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,733
Reaction score
2,447
Points
236
23.01.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terdapat dua individu memiliki nombor kad pengenalan yang sama sebagaimana yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, JPN berkata kedua-dua individu tersebut memiliki nombor kad pengenalan yang berbeza di dalam sistem JPN.

JPN menjelaskan warganegara Malaysia hanya akan diberikan satu nombor kad pengenalan dua belas digit yang unik dengan nombor tersebut dijana oleh sistem menggunakan formula tertentu.
Iklan

JPN tidak pernah mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada individu yang berbeza, katanya.

“Orang ramai diminta tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan tindakan undang-undang boleh diambil bagi penyebaran maklumat yang tidak benar,” katanya.

Untuk maklumat berkaitan JPN, orang ramai dinasihat untuk hadir di mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi JPN di url www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-8880 7077/7067/7069/8206 atau e-mel ke [email protected].



Sumber rujukan https://www.malaysiakini.com/news/508196
 
Top
Log in Register