JPN dedah nama terpanjang di Malaysia dan nama paling popular.

CG Sponsors




strom

Legendary Member
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,714
Points
191
Putrajaya: Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman ****** ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, di sini, semalam.

Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, namun ia (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini.

“Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin.

Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Sulaiman berkata, selain nama unik itu, rekod JPN turut menunjukkan nama paling popular yang digunakan di negara ini ialah Ahmad seramai 63,049 orang diikuti Alex (16,992) dan Ravi (10,866).

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JPNdedahnamaterpanjangdiMalaysia/Article/index_html
 
Sponsored Post

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,049
Reaction score
46
Points
135
fuf panjang nama, kat rumah panggil mungkin pendek jer kalo tak letih gak
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,064
Reaction score
8,937
Points
2,226
Sian bakal tok laki nk akad nikah nanti
 

akuPening

Active Member
Joined
Apr 1, 2012
Messages
1,747
Reaction score
6
Points
25
Sok nak nikah mau terkumat kamit nk sebut haha
 

zerodecibal

Super Active Member
Joined
Jun 18, 2008
Messages
5,547
Reaction score
5
Points
65
nama panjang2... last2 pangil "yah" je
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,112
Reaction score
71
Points
1,020
awat la buh panjang2 sgt ...
 

Putu Piring

Active Member
Joined
Jun 27, 2012
Messages
2,400
Reaction score
17
Points
25
Perhh ni kalau miss 1 nama kat buku cikgu pon x perasan haha
 

mrfs1978

Super Active Member
Joined
Jul 16, 2006
Messages
5,827
Reaction score
103
Points
73
perghhhhhh jenuh la bakal laki dia masa akad nikah nanti......mau tergeliat lidah nak sebut satu2 kekekekeke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register