- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan Seksyen Profil Pemandu di bawah Bahagian Penguatkuasa yang membolehkan lesen pemandu kenderaan perdagangan termasuk bas yang mempunyai saman tertunggak dibatalkan atau digantung.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, seksyen itu ditubuhkan untuk menggantikan unit Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang hanya mengendalikan kes-kes penggantungan dan pembatalan di bawah sistem mata dimerit.
"Seksyen Profil Pemandu juga berfungsi untuk menggantung atau membatalkan lesen memandu di bawah sistem mata demerit dan menggantung atau membatalkan lesen pemandu yang disahkan sebagai penangih dadah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Aziz berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong) yang merujuk kepada pemandu bas Lim Kok Hoe yang terlibat dalam kemalangan maut di Genting Highlands pada 21 Ogos lalu dibenarkan memandu walaupun mempunyai saman tertunggak.
Berdasarkan rekod, Lim mempunyai 16 saman yang belum selesai iaitu 15 saman berkaitan memandu melebihi had laju dan satu adalah untuk kesalahan menghalang lalu lintas. - Bernama