JPJ Terengganu Lelong 28 Buah Kenderaan Yang Disita

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama)-- Sebanyak 28 buah kenderaan yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan RM69,250 dalam tempoh hanya sejam Selasa.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata lelongan tertinggi melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic berusia 17 tahun dengan harga RM12,600.

"Lelongan yang dibuat hari ini mendapat sambutan hangat apabila 63 orang awam menyerbu perkarangan JPJ sejak awal pagi lagi. Bagaimanapun jumlah kenderaan yang dilelong hari ini tidak banyak berbanding tahun lalu iaitu 83 buah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya jabatan itu mengadakan lelongan kenderaan sebanyak dua kali lagi untuk tahun ini dan mereka yang ingin mengambil bahagian hanya akan dikenakan bayaran pendahuluan RM50 berbanding RM500 pada tahun lalu.

Beliau turut mengingatkan orang awam bahawa JPJ tidak melantik mana-mana ejen untuk menjadi orang tengah bagi lelongan kenderaan itu.

"Pengguna seharusnya lebih berhati-hati agar tidak tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.



-- BERNAMA
 
Sponsored Post

wan2trifor5

Active Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
1,381
Reaction score
42
Points
30
bila masa pulak nie, kete byk dlm tu, 28 bijik je lelong
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
bile nak wat kat johor nie??
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
yg terbaik dah 'dichop' dulu kut
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
apa lah salah dorang sampai kena rampas camtu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register