BTC USD 37,171.4 Gold USD 1,797.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Perlukan Peruntukan Lebih Untuk Naiktaraf Sistem Perkhidmatan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,149
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,149
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
30.11.2021 - Kuala Lumpur, "CUEPACS mewakili warga kerja JPJ mengambil perhatian sepenuhnya teguran oleh Menteri Pengangkutan mengenai kesesakan yang berlaku di sistem perkhidmatan kaunter. Sudah tentu teguran itu akan diambil sebagai suatu perkara yang positif bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan. Bagaimanapun, CUEPACS percaya penyampaian perkhidmatan JPJ adalah antara yang terbaik memandangkan ia adalah antara agensi yang diberikan penarafan lima bintang oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atas kualiti dan produktiviti tinggi yang dihasilkan setiap tahun serta pelbagai inovasi dilaksanakan," katanya dalam kenyataan semalam.

Adnan berkata, JPJ turut memohon kepada kerajaan untuk menaik taraf sistem perkhidmatan JPJ mengikut keperluan semasa dengan memberikan peruntukan yang mencukupi bagi mencapai sistem pendigitalan yang lengkap.

"Pada 2010 JPJ dijanjikan peruntukan sebanyak RM420 juta bagi membangunkan pendigitalan mySikap yang moden tetapi bajet itu dipotong pada saat akhir kepada RM282 juta sahaja. Banyak elemen sistem dirancangkan terpaksa digugurkan dan menjadikan aplikasi itu tidak lengkap tapi diteruskan sehingga kini. Dengan situasi pendemik yang melanda negara pada tahun lalu menyebabkan warga JPJ juga resah dengan kualiti sistem yang separuh lengkap ini dan sudah digunakan hampir 10 tahun," katanya.

Adnan berkata, selain itu pejabat JPJ juga seharusnya dinaikkan taraf kerana sebahagiannya sudah terlalu lama dan daif serta bentuk perkhidmatan untuk lebih 20 tahun lalu yang memerlukan pembaharuan baharu dan moden serta terdapat banyak lagi pejabat berstatus sewaan.

"Ini menjadikan sistem kerja menjadi kurang kondusif. Contohnya JPJ Galeria (Putrajaya) yang sempit dan amat tidak sesuai permintaan perkhidmatan di pusat pentadbiran kerajaan itu sendiri. Begitu juga dari segi kakitangan dan perjawatan pegawai JPJ yang begitu terhad sekitar 8,700 kakitangan untuk sebuah agensi yang menyumbang kutipan hasil ketiga tertinggi berbanding Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen yang mempunyai seramai 13,000 penjawat awam.

"Contohnya di JPJ Johor, jawatan Timbalan Pengarah juga belum diisi dan ia ternyata memberi bebanan kepada pengarahnya yang perlu bekerja tanpa penolong yang membantu menguruskan pelbagai urusan. CUEPACS yakin jika perkara ini diberikan perhatian oleh pihak menteri dan kerajaan, JPJ akan lebih cemerlang dengan produktiviti yang tinggi serta boleh mencapai hasil melebihi bilion ringgit serta penguatkuasaan yang mengurangkan kadar kematian di jalan raya," katanya.
1638298483002.png
 
Sponsored Post

jagajaga

Active Member
Messages
1,580
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,580
Reaction score
119
Points
43
JPJ ni kerja kutip duit pon nak mintak duit lagi ke
 

jaws_am

Legendary Member
gem
Messages
18,910
Joined
May 29, 2008
Messages
18,910
Reaction score
7,992
Points
481
Awards
1
Aku dh komen sebelum ni kt thread satu lgi..
System anytime leh upgrade..

Bg peruntukkan je.. semua benda leh tukar..
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,389
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,389
Reaction score
1,058
Points
151
Bagi peruntukan pun dia buat tukar kereta peronda, tukar sofa kat opis, upgrade bilik pegawai depa.
 

Irwan De Gea

Active Member
Messages
2,222
Joined
Feb 8, 2012
Messages
2,222
Reaction score
38
Points
30
Jual number plate, ratus2 ribu... Takkan semuanya masuk kementerian?
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,054
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,054
Reaction score
2,743
Points
261
Awards
1
Da berpuluh tahun budget tahunan pengarah tak minta ke tak buat proposal ke?? Mtk dana proposal mana
 

tilambujang

Fun Poster
Messages
677
Joined
Sep 14, 2008
Messages
677
Reaction score
25
Points
30
Bagi peruntukan pun dia buat tukar kereta peronda, tukar sofa kat opis, upgrade bilik pegawai depa.
Bukan semudah itu nk gunakan peruntukan kewangan, ada badan pengawal perolehan semua, Kertas kelulusan berbelanja bukan di luluskan satu pihak saja. banyak lagi tatacara kewangan yg perlu di patuhi sebelum perolehan diluluskan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,149
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,149
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Jual number plate, ratus2 ribu... Takkan semuanya masuk kementerian?

kena tunjuk kira-kira pada Kementerian Pengangkutan, duit JPJ x simpan .. bukan guna sebarangan camgitu je, lepastu Kementerian Pengangkutan akan buat permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan, duit yang dimohon tu untuk tujuan dan kegunaanya apa .. ia termasuk sebanyak saman / kompaun di keluarkan ..
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Ni smua akn bazir je.. peruntukan nk upgrade sistem ni bkn bnyk pun.. tp eperolehan kluarkn mesti puluh2 juta.. tahh ape upgrade smpai puluh juta tu..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register