BTC USD 28,674.4 Gold USD 1,968.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ perangi habis-habisan kenderaan lebih muatan mulai Disember ini

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SEBERANG PERAI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan perang besar-besaran terhadap kenderaan membawa lebih muatan dan muatan berbahaya dengan meningkatkan penguatkuasaan dan operasi mengenainya bermula 1 Disember ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad hari ini berkata, ia berikutan kelulusan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara yang membenarkan pegawai JPJ menyerahkan terus dokumen pendakwaan kepada pihak pendakwaraya untuk mendakwa pesalah di mahkamah tanpa perlu melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat seperti yang diamalkan sebelum ini.

Katanya, dengan kuasa penuh yang diperoleh itu juga, JPJ boleh mengambil tindakan tegas terhadap pesalah di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat yang memperuntukan hukuman lebih berat selain terus menguatkuasakan kaedah-kaedah sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman kompaun kepada pemandu dan pemilik kenderaan terbabit. -Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register