BTC USD 27,708.4 Gold USD 1,994.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ buat operasi khas mulai 1 November ini

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA: Bermula 1 November ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata operasi bersepadu itu akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan pengguna kenderaan yang melanggar kesalahan berkenaan.

Beliau berkata, bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.

"Saman dan notis larangan itu dikenakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dimana kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.

"Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu maka, kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Katanya, pihaknya juga menetapkan tempoh sehingga 1 Mei tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance -VLT) yang sudah ditetapkan.Bernama
 
Sponsored Post

mohdashraf

Super Active Member
Messages
6,775
Joined
Apr 22, 2010
Messages
6,775
Reaction score
481
Points
81
o6UoEOT.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register