BTC USD 103,936 Gold USD 2,702.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Journal Of Market Structure

Sponsored Post

Berikan keseimbangan kepada dua perkara ini:
1) Personal fortune
2) Personal belief

Personal fortune adalah seperti perdagangan Forex. Belajarlah mengira money management.

Personal belief adalah seperti kasih sayang. Ilmu yang baik membawa kepada kepercayaan dan kasih sayang yang baik.

Bukannya jadi dua muka atau apa, tetapi kita perlukan alter ego untuk berjaya.

Contohnya kalau sudah ada personal fortune atau harta nanti, trader bolehlah membuat amal pada jalan kebajikan. Di samping itu, trader juga bolehlah menampung perbelanjaan untuk menunaikan haji.

Walau bagaimanapun, seseorang itu perlulah menuntut ilmu untuk mencari rezeki yang berkat. Seseorang itu perlulah mengkaji kemahiran yang betul untuk berjaya di dalam trading ini.
 
Mengikut statistic broker, hanya 5% retail trader yang mempunyai account size di bawah $1,000 yang make money.

Di dalam industry video game, hanya 5% gamer yang make money dengan bermain secara professional di dalam competitive gaming.

Orang lain kena keluar duit tapi yang top 5% ini adalah yang dapat duit di dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Mengikut statistic broker juga, percentage retail trader yang make money juga meningkat selaras dengan account size. Contohnya 30% retail trader dengan account size di atas $100,000 make money.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah concept leverage itu ialah game di dalam trading.

Trader account kecil banyak bergantung kepada leverage untuk mendapatkan sesuatu hasil profit yang cukup untuk dibuat belanja. Manakala ia ialah sebaliknya bagi trader account besar.

Ia ialah sememangnya mencabar maka untuk berjaya seseorang itu perlulah mempunyai fitness yang secukupnya.

Sebagai game kedua-dua bidang pun mempunyai jurulatih atau sifu yang tersendiri untuk mempelajari kemahiran masing-masing.

Business yang sebenar ialah hanyalah apabila seseorang itu trade sesuatu jumlah volume currency pair dengan jumlah fund yang sama yang dimiliki oleh trader itu.

Contohnya jika seseorang itu trade 1,000 volume EURUSD maka trader itu sudah pun mempunyai fund sebanyak $1,300. Andai kata rate semasa EURUSD ialah 1.30000.

Walau bagaimanapun trader itu akan memasuki game level 1 sekiranya dia menggunakan kemampuan leverage 1:2. Contohnya seseorang itu trade 1,000 volume EURUSD tetapi dengan mempunyai fund sebanyak $650.

Trader itu akan memasuki game level 2 pula apabila sampai leverage 1:3. Cara untuk mengiranya ialah 3-1=2. Contohnya trade 1,000 volume EURUSD dengan fund $433.33. Dan begitulah seterusnya.

Tidak semestinya analysis timeframe itu ialah kecil atau besar di dalam trading untuk menentukan sama ada ianya ialah game atau business.

Boleh jadi trader sedang menggunakan leverage di dalam swing atau position trading. Boleh jadi juga trader langsung tidak menggunakan sebarang leverage di dalam scalping atau intraday trading.

Apabila trader sedar yang nilai trading account semakin menyusut maka dia sepatutnya adapt dengan mengecilkan saiz volume currency pair yang dia trade.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan risiko pada masa akan datang. Apabila trading account sudah recover barulah seseorang itu boleh trade seperti sedia kala.
 
Sponsored Post

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.02835
USD / JPY
156.284
GBP / USD
1.21780
USD / CHF
0.91468
USD / CAD
1.44905
EUR / JPY
160.714
AUD / USD
0.61880

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register