Santai Jom undi YB RKG dlm PRU13

CG Sponsors




9_9

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2012
Messages
3,084
Reaction score
15
Points
30
xsilap saya ada baca pasal yb rkg nk bertanding dlm
pru..
jd ke tak?
kl jd
jom kita undi


Salam

Insya'allah, Saya memutuskan untuk bertanding di DUN N29 SRI SERDANG pada PRU13 sekiranya tiada sebarang rintangan.

Saya perlukan sokongan moral dari rakan2 di carigold.

Saya akan bertanding atas tiket BEBAS.

Cadangan dan pendapat serta perbicangan yang membina amat dialu-alukan.

RKG sekarang bermaustautin di Taman Puncak Jalil,Seri Kembangan.

RKG berasal dari Kampung Rimba Terjun, Pontian Johor di dalam
parlimen Tg Piai.


Manifesto (Draf sahaja) sesiapa nak bantu utk draf manifesto boleh hubungi RKG

1.Membina Premis dan Kedai mampu sewa/mampu milik di kawasan
kawasan yang berpotensi

2.Menyediakan platform terbaik untuk bakal usahawan/usahawan setempat menjalankan aktiviti perniagaan tanpa perlu
melalui pelbagai karenah birokrasi

3.Menyediakan Pusat Pengaduan setempat untuk masalah perniagaan

4.Kembalikan Hari Jumaat sebagai hari cuti weekend




Sedikit LatarGalur RKG

NAMA:IRWAN BIN ALIF
UMUR: 32 TAHUN
D.O.B: 03/disember 1980
DILAHIRKAN: DI PONTIAN, JOHOR
EDUCATION: Degree Holder Information Studies (Records Management) UiTM Shah Alam
Full Time Job:
AUTOMATION CONTROLLER SR. EXEC(PRIVATE BROADCAST COMPANY)
PART TIME JOB:
COMPUTER RECYCLING
STATUS: BERKAHWIN
ANAK: 2 ORANG CAHAYAMATA

Kenapa RKG akan bertanding atas tiket bebas?

Standing dan landasan RKG bertanding pada PRU13 atas tiket bebas
berasaskan 3 perkara:

1. Agama
2. Bangsa
3. Negara

Jika Agama diperjuangkan, kenapa tidak bertanding di bawah bumbung PAS?

RKG pasti akan bernaung di bawah PAS dengan syarat PAS tidak terikat
dengan ideologi DAP/PKR

jika bangsa diperjuangkan, kenapa tidak bertanding di bawah bumbung UMNO?

RKG pasti akan bertanding di bawah UMNO dengan syarat UMNO tidak memperjuangkan
bangsa semata-mata...dan tidak tunduk pada telunjuk MCA dan Gerakan

So, apa sebenarnya yang diperjuangkan?

Seandainya diberi peluang bertanding dan menang dengan izinnya, Agama, Bangsa, dan Negara akan diperjuangkan. Di dalam Parti perlu ada ketiga-tiga elemen yang RKG nyatakan
di atas.

Islam perlu diberi keutamaan dan tidak diganggu gugat oleh penganut agama lain.

Melayu perlu dipertahankan hak sebagai pewaris tanah Melayu tanpa sebarang pertikaian dari bangsa lain.

Malaysia perlu terus berdaulat dengan mengukuhkan kuasa Sultan dan Raja-Raja.


Update Facebook Group:

CALON BEBAS PRU13 DUN N29 SRI SERDANG,SELANGOR

Facebook FanPage

CALON BEBAS DUN SRI SERDANG N29

tolong Like ya kawan2

Update Aktiviti Setempat:

100 Set Komputer Akan diagihkan di N29 Dun Sri Serdang

100 Set Komputer akan diberikan secara percuma
kepada masyarakat setempat secara berperingkat.

Ini bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan
untuk membeli komputer.

Komputer yang diberikan bukanlah komputer baru tetapi
komputer terpakai yang dibeli secara tender dari bank2
di Malaysia.

Diharap, dengan adanya pemberian komputer ini
dapat mengurangkan sedikit sebanyak kos untuk
mereka yang berpendapatan rendah utk
mendapatkan komputer
 
Last edited:
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,282
Reaction score
1,131
Points
201
bebas ..... parti carigold.... kalo menang... ape manifesto rkg?
 

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
undi kat sini je boleh x?
 

zul-KR9

Super Active Member
Joined
Aug 8, 2012
Messages
5,508
Reaction score
346
Points
81
Ntah aku mcm dah lama x tgok post rkg kt cg ni...
Ker aku jer yg x perasan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register