BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jom layan lawak2 ni

Wakakakkakakak...lawak...lawak....goli ati den...hehehehe
 
hahaha
nk lgi bro
kite lyn.......
 
Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna...seorang amerika,
seorang jepun dan seorang indonesia...
Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan
bunyi....bip...bip....bip....orang amerika tadi terus membuka telapak
tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu...kedua si jepun dan Indonesia
tadi terpinga-pinga lantas si amerika ni pun berkata...."disebabkan tgn
saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS
dan MMS tanpa hand
set...."

Maka kagum la si jepun dan Indonesia ni...seminit kemudian terdengar pulak deringan
telefon di dalam bilik sauna tersebut...tetiba si jepun pun mengangkat tangan kirinya
dan seakan menjawab panggilan telefon tadi...ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari
kelingkingnyer di telinga.... setelah habis menjawab maka si jepun pun
berkata..." oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka
saya boleh menjawab dan menerima panggilan melalui jari jari saya tanpa
menggunakan hp..."

Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si amerika dan si jepun.. si indonesia
ni pun terpinga dan berbisik sendirian..."Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk
mengalahkan mereka berdua ni...?" kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka
perutnyer pun terasa nak membuang....lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet....
setelah selesai membuang... si indon ni kembali ke bilik sauna...akibat kepayahan
untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah
kelangkangnyer...Dengan keheranan dan jijik nyer si amerika dan si jepun pun
bertanya..."kertas apa yang terjuntai kat celah
tu...?"
Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer....
"Oh saya baru terima Fax...sekian terima kasih..."
 
Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia
eksiden.
>
> Sampai> kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat
kelantan la
> "nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"
>
> Nurse tu selamba jer jawab....
>
> "wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la"....
 
Cerita Lawak Untuk Hari Ini.... "telur Rebus Punya Pasal!!!"

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Nak dijadikan cerita, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak..akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi
dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata
dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal,
tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku
pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...
bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak..
ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri
aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah,
kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh
lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia
power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..
mulut kuterus melopong...ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.

:))
 
Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, .... keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah.............

"Din, .... kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"

begitulah kisahnya

Moral dari cite ni : lain kali hati-hatilah, kang tak pasal-pasal mati orang tua tu, ekekekekekekekekekekekek......
 
Back
Top
Log in Register