BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jom kongsi dan layan video drift.......

aku dalam proses nak tukar bidang ni....dulu main turbo...skarang nak main drift plak...keh keh...
 


Pemandu BMW buat aksi 'drift' di selekoh laluan ke Genting Highlands ditahan polis

Khirrul Nirwan Bahaudin

BENTONG: Aksi pemanduan berbahaya ala filem perlumbaan jalanan tular di media sosial membawa padah apabila seorang lelaki ditahan polis susulan aksi drift di Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya mengesan satu klip video berdurasi 14 saat yang tular di TikTok pada 2 Mac lalu, memaparkan aksi berkenaan.

Video itu memaparkan sebuah kereta BMW 325i dipandu secara berbahaya dengan melakukan aksi drift ke kiri dan kanan di selekoh ketika dalam perjalanan menuju ke Genting Highlands.

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu kenderaan itu melakukan aksi pusingan secara melulu di selekoh jalan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu polis menjalankan usaha mengesan individu terbabit bagi membantu siasatan dan kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun hadir ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

"Dia hadir bersama kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Suspek kemudian ditahan dan kenderaan berkenaan turut disita bagi tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati keputusan negatif dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya.

Artikel : Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register