Jom kita boikot Malay Mail : Akhbar berunsur kebencian kepada kerajaan dan umat Islam

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,144
Reaction score
9,765
Points
1,746
TABUNG MUSAADAH COVID19 BUKAN HANYA UNTUK MUSLIM – Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Posted on 24 March 2020

Last Updated on March 25, 2020 at 10:26:53 am


KUALA LUMPUR: Tabung Musa’adah COVID19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dilancarkan hari ini, bukan hanya untuk orang Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sebaliknya, Zulkifli menegaskan tabung khas itu adalah untuk semua kelompok terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 tanpa mengira agama dan bangsa penerima manfaatnya.

Beliau berkata demikian susulan laporan media berbahasa Inggeris yang menyatakan tabung itu untuk orang Islam dan menimbulkan kekeliruan umum.

“Saya tidak pernah menyebut Tabung #MUSAADAHCOVID19 khusus untuk Muslim. Saya telah ulang beberapa kali, tabung ini untuk mereka yang memerlukan, termasuk frontliners dan lain-lain seperti kader JAKIM, kumpulan pengurusan jenazah dan yang berkeperluan, ” katanya dalam kenyataan meminta orang ramai merujuk liputan https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/1387578081414765/⁣ mengenai pelancaran tabung itu di Kompleks Islam Putrajaya pagi tadi.

Tajuk laporan Malay Mail tidak tepat


Zulkifili berkata, selain asnaf yang menjadi keutamaan, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sehingga hari ini menyampaikan sumbangan lebih RM20 juta kepada gelandangan, frontliners dan pelajar di Wilayah Persekutuan dan luar Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Boleh rujuk hantaran di semua media sosial saya bermula 19 Mac 2020. ⁣
⁣”Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kenyataan yang tidak menggambarkan pendirian saya sejak enam tahun menjadi penjawat awam, terutamanya melibatkan isu hubungan antara agama dan kaum,” katanya. ⁣
Jesteru, menteri agama itu meminta pihak Malay Mail membetulkan kenyataan laporan media itu dan membuat permohonan maaf. — AlHijrah Online ⁣



 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,144
Reaction score
9,765
Points
1,746




Kamarul Yusoff
Semalam jam 5:12 PTG ·

AWASI TIUPAN SENTIMEN KEBENCIAN TERHADAP ISLAM DI MUSIM COVID-19

Sidang media di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melancarkan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM hanya berlangsung selama 6 minit 27 saat sahaja.

Empat kali di dalam sidang media ini Datuk Dr Zulkifli menyebut tujuan tabung ini dilancarkan adalah untuk memberi bantuan kepada "mereka yang memerlukan" atau "mereka yang berkeperluan", termasuk frontliners.

Dan tidak sekalipun di dalam sidang media ini Datuk Dr Zulkifli menyebut dana dari tabung ini hanya akan disalurkan kepada umat Islam sahaja.

Bagaimanapun portal berita yang mempunyai niat tertentu terhadap Islam sengaja meletakkan "JAKIM lancar Tabung Covid-19 untuk bantu umat Islam yang memerlukan" sebagai tajuk beritanya.

Dan tajuk portal berita ini terus sahaja digunakan oleh aktivis yang mempunyai niat tertentu terhadap Islam untuk menghentam Datuk Dr Zulkifli dan JAKIM kerana kononnya pilih kasih.

Hairan sungguh dengan golongan ini, tatkala seluruh negara sedang cemas menghadapi wabak Covid-19 sekalipun mereka masih ada masa untuk menyemai sentimen kebencian sesama sendiri.

Semoga mereka diberikan keinsafan.

Pautan sidang media berkenaan: https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/1387578081414765/

1585144136986.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,144
Reaction score
9,765
Points
1,746




Kamarul Yusoff
13 jam

ELOK SAMAN SAJA MEDIA DEGIL SEBAGAI PENGAJARAN

Di dalam kenyataan media beliau malam tadi, YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menegaskan beliau “tidak pernah menyebut Tabung #MUSAADAHCOVID19 khusus untuk Muslim” dan “meminta pihak Malay Mail membetulkan kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf atas hal ini”.

Ekoran itu, Malay Mail nampaknya:

(1) Menukar tajuk beritanya dari “JAKIM launches Covid-19 fund to Malaysia’s Muslims in need” ("JAKIM lancar Tabung Covid-19 untuk bantu umat Islam Malaysia yang memerlukan") menjadi “JAKIM launches Covid-19 fund to help those in need” ("JAKIM lancar Tabung Covid-19 untuk bantu mereka yang memerlukan").

(2) Mengekalkan ayat pertama di dalam isi beritanya berbunyi “JAKIM has launched a fund to help Muslim communities affected by the Covid-19 outbreak” ("JAKIM telah melancarkan satu tabung untuk membantu umat Islam yang terjejas oleh wabak Covid-19").

(3) Mengekalkan ayat kedua di dalam isi beritanya berbunyi “In a press conference today, Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri said the government will channel the collections to Muslims in need” ("Dalam satu sidang akhbar hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kerajaan akan menyalurkan kutipan itu kepada umat Islam yang memerlukan").

(4) Langsung tidak “membuat permohonan maaf atas hal ini”.

Ekoran itu juga, Malay Mail menyiarkan kenyataan terbaru YB Senator Datuk Dr Zulkifli ini di bawah tajuk “Minister clarifies Covid-19 fund for everyone in need, not just Muslims” (“Menteri jelaskan dana Covid-19 untuk semua yang memerlukan, bukan hanya umat Islam”).

Bagaimanapun isi beritanya masih mengekalkan laporan asal Malay Mail sebelum ini dengan memasukkan ayat berbunyi “Earlier today, the minister in the Prime Minister’s Department launched the fund and said the government will channel the collections to Muslims in need” (Terdahulu hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melancarkan dana itu dan berkata kerajaan akan menyalurkan kutipan itu kepada umat Islam yang memerlukan").

Apa guna tukar tajuk berita kalau isi berita yang menyeleweng masih dikekalkan?

Dan mengapa terlalu ego hingga tidak mahu mengaku silap dan memohon maaf?

Rasanya elok sekali kalau media yang degil disaman saja sebagai pengajaran.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,144
Reaction score
9,765
Points
1,746




Kamarul Yusoff
8 jam ·

WAJARKAH PORTAL BERITA "MELAYU" YANG DITERAJUI "BUKAN MELAYU" TERUS DIBIAR BERLELUASA DENGAN AGENDANYA?

Nama portal berita konon "Melayu" ("Malay"), tetapi lihatlah saja barisan penerajunya:
(1) Penerbit: Dato' Siew Ka Wai
(2) Ketua Editor: Datuk Wong Sai Wan
(3) Penolong Ketua Editor: Joseph Raj
(4) Editor Urusan: Leslie Lau
(5) Editor Eksekutif: Joan Lau

Dengan barisan penerajunya ini, tidak hairanlah mengapa tajuk dan isi berita Malay Mail sebelum ini seringkali sangat prejudis terhadap Melayu dan Islam.

Dalam kes terbaru membabitkan Menteri Hal Ehwal Agama, sudah terang lagi bersuluh Malay Mail kantoi melaporkan berita palsu, tetapi masih tetap mahu tegak benang basah dan enggan minta maaf.

Peguam Siti Kasim yang guna laporan Malay Mail untuk hentam Menteri Hal Ehwal Agama pula kini cabar supaya Malay Mail disaman jika benar laporannya tidak betul.

Saya sendiri adalah jenis individu yang agak pantang bila dicabar dan selalunya akan terus menyahutinya, tetapi tidak tahulah pula Menteri Hal Ehwal Agama kita ini macam mana.

1585144985582.png

1585144994099.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,144
Reaction score
9,765
Points
1,746




Abdul Azim Roslan
6 jam

MALAYMAIL DAN ETIKA KEWARTAWANAN YANG BURUK

1. MalayMail ada membuat laporan berita dengan memberikan headline yang salah mengenai tabung COVID-19. JAKIM bercadang untuk tubuhkan tabung ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

2. Apabila Menteri Agama tegur, mereka akhirnya membetulkan tajuk berita tanpa meminta maaf. Hanya sebut error. Lebih buruk ada wartawan di portal ini, Zurairi AR yang mempertahankan laporan berita ini dengan mengatakan bahawa kononnya Menteri Agama yang telah tersalah cakap.

3. Wartawan yang melaporkan berita ini pula, Radzi Razak masih berkeras mempertahankan berita ini. Boleh rujuk lampiran FB peribadi milik dia.

4. Aku dah tonton video sidang media itu, Dr Zul langsung tidak sebut tabung ini hanya khusus untuk bantu Muslim sahaja. MalayMail yang terlebih pandai daun ketum dengan beri intepretasi yang salah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1387578081414765&id=167047123315520

5. Makcik Siti Kassim bila baca berita macam ini apa lagi, dia pun meroyan-royan kat FB dia. Satu geng dengan dia pastinya akan beri reaksi sama. Meroyan.

6. Portal berita seperti ini dilihat seakan sengaja nak cipta persepsi yang negatif kepada Menteri Agama dan badan agama seperti JAKIM. Sebelum ini ada juga beberapa laporan yang dibuat secara salah terhadap tokoh dan badan agama.

7. Ini juga sebahagian daripada fake news. Tajuk berita yang sengaja beri persepsi yang salah dan menimbulkan kemarahan dan perasan tegang sebahagian pihak yang lain.

8. Etika kewartawanan MalayMail yang macam tahee.

Ikhlas,
#KANS

1585145080361.png

1585145088898.png

1585145098037.png

1585145108897.png

1585145120184.png

1585145130693.png

1585145139582.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,144
Reaction score
9,765
Points
1,746



Danial A. Shaari
12 jam ·

Ego tinggi. Tak mahu mengaku salah. Boleh pula buat laporan baru kata menteri 'perjelas' atau 'clarifies' benda yang bukan isu pada asalnya melainkan akibat kewartawanan yang tak beretika dan tak bertanggungjawab oleh Malay Mail. Kononnya menteri 'clarifies' selepas backlash, insinuating that their original report was correct. Jahat betul. Memang patut kena saman.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,863
Reaction score
11,172
Points
2,376
Tabung kebajikan COVID19 pun nak dipersoalkan
Nama je dalam bahasa Arab
Tapi boleh je diberikan untuk yg memerlukan tanpa mengira agama

Elok saman je akhbar tu
Biar reti sikit
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,144
Reaction score
9,765
Points
1,746



Muhamad Harris Nasril
9 jam ·

Malay mail kantoi busuk. Korang boleh tonton sendiri video bernama tu di sini https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/1387578081414765/. Memang tak ada langsung menteri agama sebut fund tu hanya untuk muslim sahaja. Malay mail yang twist.

Menteri agama desak mereka minta maaf, tapi mereka cuma tukar tajuk. Akui ada kesilapan, tetapi tak minta maaf langsung.

Penulis berita, @radzi Razak kata mereka difitnah manakala asst editor @zurairi abd rahman played victim.

Macam celaka perangai portal the malay mail. Shame on you guys! Dah clear salah lapor, korang pun dah betulkan, tapi kenapa tak buat permohonan maaf.

Ingat, no 1 dalam perniagaan berita adalah KREDIBILITI!. once korang dah hancurkan kredibiliti, jangan harap rakyat nak percaya lagi.

[
1585147390890.png


1585147401056.png

1585147409381.png

1585147417977.png

1585147426585.png

1585147435876.png


 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register